KUALA LUMPUR:Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak wajar disegerakan atas alasan untuk memulihkan ekonomi negara.
Itu pandangan majoriti yang dikongsikan oleh 74,699 responden menerusi tinjauan pendapat di tiga laman sosial Astro AWANI meliputi Twitter, Telegram dan YouTube.
Tinjauan ini dilakukan susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kerajaan yang stabil adalah penting dalam memulihkan ekonomi negara terutama dalam menarik dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI).
BACA: UMNO mahu PRU15 disegerakan - Zahid
Sejumlah 44,948 responden meliputi 60 peratus menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ahmad Zahid itu.
Mereka yang tidak bersetuju ini kebanyakannya bimbang COVID-19 akan semakin menular selepas mengambil iktibar apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu.
"Pulihkan ekonomi setuju, tapi mengadakan PRU15 tak setuju. Tak nampak ke hari ini kes berterabur? Masih lagi nak mengadakan PRU15?
"Tak ambil iktibar ke dari PRN Sabah? Kalau rasa macam nak kes berterabur di seluruh Malaysia sehingga tiada zon hijau, dipersilakan untuk buat PRU sekarang," memetik pandangan yang diutarakan oleh Zulqarnain Shaiful Bahrin menerusi ruang komen di Telegram Astro AWANI.
Pemilik akaun dikenali sebagai Funky Diva berpandangan, ada pelbagai cara lain untuk memulihkan ekonomi.
"Banyak cara lain lagi untuk pulihkan ekonomi! PRU mendatangkan bala," katanya.
Sementara pemilik akaun Najib Faik pula akui, sekiranya semua Ahli Parlimen memberi sokongan kepada kerajaan sekarang, sudah tentu ekonomi akan berjaya dipulihkan.
"Kalau semua Ahli Parlimen bagi sokongan dekat kerajaan sekarang, mesti ekonomi akan pulih. Masalahnya mereka yang gila kuasa, lepas itu nak bagi alasan kena buat PRU untuk pulihkan ekonomi," luahnya.
Dalam pada itu, 16,628 responden merangkumi 22 peratus memilih opsyen tidak peduli.
Sementara 18 peratus, bersamaan 13,123 responden memilih bersetuju dengan cadangan Ahmad Zahid itu.
"Setuju teramatlah sangat. Sekurang-kurangnya, PRU akan memberi kerajaan baharu dengan mandat baharu, tidak kira siapa yang menang kerana ketika ini kerajaan yang tidak dipilih ini 'hilang hala tuju'," kata pemilik akaun Twitter, Afiq.
Pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk pada Ahad, Ahmad Zahid akui kebimbangan ramai pihak mengenai risiko jangkitan COVID-19.
Bagaimanapun, beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan mengikut piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan sepanjang PRU-15 diadakan.
Katanya, lebih 30 negara sudah mengadakan pilihan raya sepanjang pandemik COVID-19 dengan terakhir ialah pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang diadakan dengan SOP ketat.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jan 04 2021
Mereka yang tidak bersetuju ini kebanyakkannya memberi alasan bimbang COVID-19 akan semakin menular mengambil iktibar apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu. - Foto BERNAMA
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau