KUALA LUMPUR: Kemudahan laluan basikal dan pejalan kaki sejauh 13 kilometer (km) sepanjang Sungai Bunus dari Seksyen Satu Wangsa Maju hingga ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, penyediaan laluan khas itu kini pada tahap 50 peratus siap dengan laluan sepanjang lima km dari Seksyen Satu Wangsa Maju ke Taman Sri Rampai sudah boleh dilalui pengguna basikal dan pejalan kaki.
"Lepas itu ada sedikit 'missing link' dan dekat sekitar Ayer Panas sudah ada (laluan)... kemudian kita sambung laluan itu lagi di tepi Jalan Semarak dan lalu di tepi perumahan Gurney terus ke Sungai Bunus di sini yang juga menghubungkan Taman Tasik Titiwangsa.
"Dari Taman Tasik Titiwangsa pula akan melintasi Jalan Tun Razak dan lalu di tepi rizab sungai bersebelahan Institut Jantung Negara sebelum kita berada di Kampung Baru yang sudah ada laluan khas yang boleh digunakan, sebelum berakhir di KLCC melalui lintasan Saloma," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di program plogging @ Sungai Bunus bersempena Sambutan Hari Sungai Sedunia di bawah projek Sungai Nadi Kehidupan Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) di sini, hari ini.
Mengenai program itu Mahadi berkata budaya plogging yang berasal daripada Sweden boleh dijadikan satu amalan warga kota ketika berjoging untuk menjadikan sesuatu kawasan rekreasi atau taman menjadi lebih bersih dan selamat .
Menurutnya 64 kilogram sisa sampah berjaya dikumpul semasa aktiviti plogging hari ini yang melibatkan jarak lebih dua km di sekitar Kolam Takungan Banjir Sunai Bunus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah (kiri) membersihkan kawasan persekitaran ketika Program Plogging di Sungai Bunus sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia hari ini. - Bernama
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Laluan khas sepanjang Sungai Bunus dijangka siap akhir tahun depan
Penyediaan laluan itu kini pada tahap 50 peratus siap iaitu sepanjang 5km dari Seksyen Satu Wangsa Maju ke Taman Sri Rampai sudah boleh dilalui.
Laluan motosikal Putrajaya bakal jadi laluan basikal
Tan Sri Annuar Musa berkata bagi tujuan berkenaan PPj akan mengambil langkah-langkah membatalkan laluan yang sebelum ini digazetkan bagi laluan motosikal untuk ditukar kepada lorong berbasikal.
Rom, Paris pilih berbasikal untuk bergerak, elak risiko jangkitan COVID-19
Ahli majlis pengangkutan Rom, Pietro Calabrese menjelaskan, lorong-lorong baru itu adalah kekal meskipun keadaan darurat akibat COVID-19 tamat kelak.
Seoul rancang bina lebuh raya basikal
Datuk Bandar Park Won-soon berkata laluan basikal itu akan dilaksanakan di bawah pelan dikenali Cycle Rapid Transit (CRT).
Sering disalahguna penunggang motosikal, DBKL kaji semula laluan basikal
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam perancangan untuk mengkaji semula kesemua laluan khas berbasikal di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
PBT disaran sedia laluan basikal selamat - Aminuddin
Perkara tersebut merupakan salah satu pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau di bawah Inisiatif Local Agenda 21 dalam mencapai matlamat bandar dan bandar raya berkarbon rendah.
Laluan basikal masih perlu diperbaiki - penunggang
Selain penunggang motosikal yang berterusan menyalahgunakan laluan itu, pemandu kenderaan juga tidak ketinggalan apabila meletak kenderaan mereka di atas laluan berkenaan.
Baru sehari dirasmikan, laluan khas basikal disalah guna
Laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar itu disalah guna pemilik kereta untuk meletakkan kenderaan mereka.