Ini merupakan kejadian pertama laman tersebut digodam.
Menurut Ketua Pegawai Maklumat UPSI Mohd Nazri Md Saad serangan penggodam ke atas laman web berkenaan dikenalpasti pada jam 12:30 malam tadi (Ahad).
“Laman web kita telah digodam pada pukul 12:30 malam dan berjaya dipulihkan semula tiga jam kemudian.
"Serangan tersebut, setakat ini tidak memberi kesan kepada pengguna kerana pihak IT berjaya menaikkan semula muka depan laman web tersebut sebelum waktu bekerja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Wajah halaman utama laman web UPSI yang digodam - Foto dari laman web UPSI
Mohd Nazri menambah, walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil oleh pihak IT, penggodam masih berjaya menembusi kawalan pengendali laman berkenaan.
“Kami masih menyiasat siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini” katanya.
Ketika kejadian berlaku, halaman utama portal UPSI itu telah digantikan dengan skrin hitam dengan mesej yang menyuarakan ketidakpuasan hati ke atas krisis kewangan, hak asasi manusia dan penahanan orang yang tidak bersalah.
Mesej tersebut turut disertai paparan logo dengan nama 'AnonGhost'.
Penggodam turut mengubah suai kata kekunci di laman carian Google - Foto dari laman web UPSI
UPSI merupakan merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia yang terletak di Tanjung Malim, Perak.
Universiti perguruan pertama di Malaysia itu dibuka pada tahun 1913 dan bertujuan untuk melatih para pendidik negara.
Pada awal tahun ini, sekurang-kurangnya dua laman web milik kerajaan dipercayai turut menjadi mangsa penggodam yang menggelarkan diri mereka "Team EvilSha0w".