Barisan kepimpinan yang dipilih ini bukan sahaja akan memimpin UMNO, tetapi menjadi tulang belakang menuju ke PRU - 14.
Mempertahankan hak orang Melayu, bumiputera dan Islam mengikut perlembagaan dianggap penting dalam intipati pemilihan UMNO kali ini, tegas calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Ali juga berkata tugas ini perlu dilaksanakan UMNO dalam usaha memastikan usaha sesetengah pihak menghapuskan perlembagaan dapat disekat.
Sementara itu Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz pula berpandangan pemilihan UMNO kali ini amat penting dalam memberi imej, tarikan serta keyakinan baru kepada ahli UMNO dan rakyat.