PUTRAJAYA: Kerajaan telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pelancong antarabangsa bercuti di Pulau Langkawi, bermula 15 November ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dicapai susulan persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVID-19 terhadap cadangan SOP Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), berhubung Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri berkata, pelancong antarabangsa yang berhasrat memanfaatkan gelembung pelancongan antarabangsa itu perlulah memenuhi syarat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Bagi kategori pra-pelepasan, Ismail Sabri berkata, kumpulan sasaran ialah pelancong yang berkualiti (high yield), lengkap vaksinasi, manakala anak atau jagaan di bawah 18 tahun, wajib hadir bersama ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksinasi.
Selain itu, beliau berkata, senarai negara yang dibenarkan adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta Kementerian Luar Negeri (KLN).
"Tempoh tinggal yang ditetapkan, mestilah sekurang-kurangnya tiga hari dan tiada syarat kuarantin dikenakan.
"Pelancong antarabangsa juga perlu menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas, dan hasil saringan perlu dikemukakan dalam bentuk sama ada digital atau cetakan, selain mempunyai insurans dengan nilai minima AS$80,000 (RM332,000)," katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, pelancong antarabangsa juga perlu menggunakan khidmat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC, mempunyai pasport dan visa, health declaration form LoU and Indemnity serta mempunyai aplikasi MySejahtera.
Sebaik tiba di negara ini, Ismail Sabri berkata, pelancong yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu menjalani Rapid Molecular Testing selama 1 jam 30 minit, manakala mereka yang terus ke Langkawi perlu menjalani RT-PCR pada hari kedua.
Jika didapati positif, Perdana Menteri berkata, mereka akan terus dibawa ke pusat pengasingan, kuarantin, atau hospital swasta mengikut kategori jangkitan COVID-19.
"Berkenaan ujian RT-PCR, beliau berkata, ujian saringan hari kedua memadai untuk mereka yang berada di Langkawi selama tiga hari, manakala mereka yang ingin melebihi lima hari, perlu menjalani ujian pada hari kelima.
“Semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong,” kata beliau lagi.
Ismail Sabri berkata, penilaian akan dilakukan bagi projek rintis tersebut selama tiga bulan, sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain
Firdaus Azil
Fri Oct 22 2021
Pelancong antarabangsa, bagaimanapun, perlu memenuhi syarat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di negara ini. - Gambar fail
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Kerajaan dan BNM ambil langkah segera perkukuh nilai ringgit
Pelbagai langkah segera bagi memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur, sudah dan sedang diambil kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM).
MOTAC jangka pelancongan antarabangsa seluruh negara seawal Disember
Ketika ini kementerian akan memantau terlebih dahulu Projek Rintis Pulau Langkawi yang akan bermula 15 Nov ini.
Langkawi dibuka kepada pelancong antarabangsa 15 November - Perdana Menteri
Pelancong antarabangsa, bagaimanapun, perlu memenuhi syarat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di negara ini.