LANGKAWI: Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mencuri tumpuan.
Beliau yang berpakaian lengkap Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelihatan tersenyum lebar ketika tiba menyaksikan acara gemilang tersebut.
Muhammad Sanusi menyifatkan penganjuran LIMA’23 sebagai yang terbaik setakat ini sepanjang acara berprestij itu berlangsung sejak 1991.
“Ini adalah LIMA pertama buat saya sebagai Menteri Besar, saya bangga melihat persembahan maritim kerana mengenali ramai anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) yang terlibat. Saya juga teruja melihat keupayaan dan persiapan yang dibuat, termasuk aset yang dipamerkan semakin canggih,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini pada Selasa.
Majlis pembukaan dan resepsi LIMA’ 23 dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Padang Matsirat.
Beliau percaya kerjasama erat agensi-agensi bawah kerajaan negeri menambahkan lagi kelancaran penganjuran LIMA ’23 yang mendapat penyertaan terbesar daripada 18 buah negara.
“Ini menunjukkan LIMA dan Langkawi masih mendapat perhatian antarabangsa dengan penyertaan pasukan aerobatik ternama dan pempamer yang memiliki pelbagai aset pertahanan dan komersial canggih,” ujarnya.
Menurutnya lagi, ia merupakan pencapaian membanggakan buat Langkawi, khususnya Kedah selaku ‘tuan rumah’ kepada penganjuran peringkat antarabangsa.
“Saya lihat semua persiapan berjalan lancar dan bagus, saya rasa LIMA ’23 adalah yang terbaik setakat ini, sangat membanggakan. Langkawi ini kan Kedah punya lah bos,” katanya dengan senyum lebar.
“Saya lihat semua persiapan berjalan lancar dan bagus, saya rasa LIMA’23 adalah yang terbaik setakat ini, sangat membanggakan. Langkawi ini kan Kedah punya lah bos,” katanya dengan senyum lebar.
Muhammad Sanusi yang hadir pada acara pembukaan LIMA23 di MIEC Padang Matsirat bagi segmen aeroangkasa turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan segmen maritim di Resort Word Langkawi (RWL).
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut meminta orang ramai khususnya penduduk tempatan tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan dan pameran aset ketenteraan sepanjang berlangsungnya LIMA’23.
“Saya difahamkan persembahan aerobatik turut membabitkan pasukan Malaysia dan negara lain, bukan mudah untuk bawa pasukan luar kerana kos membawa satu pesawat dibayar berjuta, tetapi mereka datang percuma.
“Ini suatu pengiktirafan kepada Kedah, mungkin kerana LIMA tidak diadakan selama empat tahun, menyebabkan mereka teruja dan beri sokongan penuh kepada kita untuk sama-sama menjayakannya,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 24 2023
Muhammad Sanusi (tengah) bersama Anthony Loke (kiri) serta Exco Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menyaksikan persembahan udara yang menakjubkan. - Foto Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.
LIMA '23: 43 perjanjian berjumlah lebih RM10.1 bilion dimeterai Kementerian Pertahanan
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) sehingga kini merangkumi 20 dokumen
'Langkawi ini Kedah punya bos' - Sanusi
Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mencuri tumpuan.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM - Loke
Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
LIMA '23 buka peluang IPT tempatan teroka bidang baharu TVET
Penganjuran LIMA '23 selama lima hari bermula semalam membuka peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan meneroka bidang baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
PM Anwar melawat LIMA '23 di MIEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
LIMA 2023 jangka capai janji niaga RM18 bilion - Mohamad
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.
40 pegawai KPDN dihantar, pantau harga barang di LIMA 2023 - Salahuddin
KPDN akan menghantar kira-kira 40 pegawainya ke LIMA 2023 bagi memastikan isu kenaikan harga tidak berlaku.
Guna pengangkutan awam sebagai alternatif untuk ke LIMA'23
Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.