Kementerian Pertahanan (Mindef) berpandangan tiada keperluan untuk menukar lokasi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA), kerana Langkawi disifatkan paling sesuai dan strategik untuk penganjuran acara dwitahunan itu. Memberitahu Dewan Negara menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan Langkawi sebagai venue mengambil kira kemudahan seperti kawasan lapang untuk menempatkan pelbagai aset ketenteraan; ruang udara yang tidak sibuk; serta infrastruktur yang mencukupi. Mengambil contoh LIMA 2023, Mohamad berkata ia merupakan terbesar dalam sejarah penganjuran sejak 1991, dengan disertai lebih 500 pempamer dan 14 negara di seluruh negara. "LIMA baru-baru ini kita adalah lebih 100 buah kapal terbang untuk air pameran, aerobatik dan statik kapal terbang ketenteraan, komersial dan jet peribadi. "Jadi kita memerlukan kawasan yang amat sesuai, dan kita tak boleh letak di kawasan mana lapangan terbang itu sibuk, dan terpaksa menutup ruang udara. Ini kerana pertunjukan aerobatik memerlukan kita menutup lebih kurang empat jam ruang udara. Ia akan menganggu lalu lintas penerbangan awam," katanya di Dewan Negara, pada Selasa. Beliau menjawab soalan Datuk Jefridin Atan yang ingin tahu jika terdapat cadangan untuk LIMA diadakan di luar Langkawi memandangkan terdapat permintaan tinggi daripada rakyat di luar Langkawi selain mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke acara itu. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata kawasan laut di Langkawi juga mempunyai kedalaman yang sesuai dan pelabuhan yang terlindung. "LIMA 2023 kita ada 61 kapal perang yang mengambil bahagian daripada 14 belas buah negara dan itupun kita terpaksa menolak tiga atau empat negara di saat akhir yang mahu mempamerkan kapal perang mereka. "Kita terpaksa menolak kerana tempat tak ada untuk letakkan (aset) mereka. "Selain itu, LIMA dianjurkan di Langkawi kerana mempunyai hotel yang mencukupi. Kita ada lebih kurang 15 hotel bertaraf antarabangsa dan itu pun tak cukup," kata lagi. Dalam masa sama, beliau berkata telah mengusulkan agar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) diperbesarkan bagi menampung jumlah pempamer yang semakin bertambah daripada pelbagai negara. | ||
Hasimi Muhamad
Tue Jun 27 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Cuaca panas melampau, penduduk Lima serbu pantai dinginkan badan
Cuaca panas melampau di Peru mendorong penduduk Lima ke pantai untuk menyejukkan badan manakala di penduduk di pantai utara, penduduk bergelut dengan situasi banjir pada Selasa.
20 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru
Difahamkan 18 penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, dengan dua lagi mati ketika dipindahkan.
COVID-19: Peru buka semula pengangkutan udara, darat, air selepas empat bulan
Lapangan Terbang Jorge Chavez dilihat sesak dengan penumpang yang beratur panjang, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Bubur 'keampunan' bagi menghapus dosa
Menurut paderi tempatan, Roque Chaves, bubur berkenaan disediakan menggunakan bahan yang didermakan.
Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih
Beratus-ratus orang berkumpul di jalan-jalan di Lima pada hari Jumaat untuk menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.
Pesawat terbakar semasa mendarat di Peru, kesemua penumpang selamat
Kira-kira 140 penumpang berjaya diselamatkan oleh 20 pegawai bomba, menurut akhbar harian El Comercio.
Penganjuran Lima 2013 dijangka terbaik
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aero-Angkasa Langkawi (Lima) 2013 dijangka yang terbaik berbanding penganjurannya sebelum ini.
Fazley lancar album dan buku masakan April ini
Fazley bakal melancarkan album terbarunya bertajuk "Lima" pada April ini termasuk penghasilan buku masakan.
Lima belum sedia hadapi gempa bumi (Video)
Bandar Lima di Peru dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak bersedia sekiranya gempa bumi berlaku sekali lagi.