Kualiti udara di lapan kawasan di Johor, Pahang dan Terengganu setakat 3 petang ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan kawasan Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan IPU menurun kepada tahap tidak sihat iaitu 180 berbanding 201 (tahap sangat tidak sihat) yang dicatatkan 9 pagi tadi.
Bacaan IPU tidak sihat turut dicatatkan bagi negeri itu di kawasan Larkin Lama (172) dan Kota Tinggi (123).
Di Pahang, kawasan Balok Baru, Kuantan mencatatkan bacaan IPU 153, Indera Mahkota, Kuantan (130) dan Jerantut (120), manakala di Terengganu, kawasan Kemaman mencatatkan bacaan IPU 149 dan Paka (123).
Sejumlah 28 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk di Sri Aman (93), Banting (87), Putrajaya (76), Bandaraya Melaka (73), Seremban (66) dan Tanjung Malim (64).
Sementara itu, 16 kawasan mencatatkan bacaan IPU sihat antaranya di Kota Kinabalu (47), Limbang (42), Sri Manjung (42), Seberang Jaya 2, Perai (39) dan Alor Setar (23).
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Bernama
Fri Sep 25 2015
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Jerebu: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang
Lapan kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat setakat 5 petang ini.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.
MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.
Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5pm
Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.
Jerebu: Tujuh kawasan catat indeks pencemaran udara tidak sihat setakat 10 pagi
Tujuh kawasan mencatatkan bacaan IPU di paras tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan kekal kawasan paling terjejas.
15 kawasan rekod bacaan kualiti udara tidak sihat
Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat pagi ini iaitu 164.
Jerebu: Orang ramai dinasihat ambil langkah pencegahan kurangkan kesan kesihatan - JKNNS
Elak lakukan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.
58 kawasan catat bacaan IPU sederhana
Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.
SJKT Ladang Byram catat IPU tidak sihat
Bacaan IPU di SJKT Ladang Byram dicatatkan tidak sihat ekoran kejadian kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sejak Rabu minggu lepas.
Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Jailan berkata, keadaan ini hanya boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 kaki dari permukaan.