UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Saya bisa, raga boleh lelah tetapi hati tidak boleh menyerah'

Menyelami implikasi pelaksanaan PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu, banyak perusahaan kecil dan sederhana yang merasai kesannya. Apa ceritanya?

Astro Awani
Kelonggaran yang diberikan memberi kelegaan kepada Ezham dan berharap para pelanggannya tidak lagi kesuntukan masa untuk membuat tempahan makanan. - Sumber foto Ezham

Lockdown #Day28: 'Saya bisa, raga boleh lelah tetapi hati tidak boleh menyerah' - Ezham

Mon Jun 28 2021

Keputusan kerajaan untuk melanjutkan PKP 3.0 dengan terma baharu fasa satu PKP penuh bagai sudah dijangka.

Ezham pasrah dan akur bahawa peperangan melawan wabak COVID-19 masih belum selesai.

Pengumuman kerajaan dalam Pakej PEMULIH memberi perincian bantuan merangkumi sektor perusahaan kecil dan sederhana yang terkesan dengan pelaksanaan lanjutan PKP 3.0.

Ada sinar di hujung terowong, detik hati kecil Ezham.

Semoga ada sinar menyinari, membela nasib golongan peniaga sepertinya yang bergelut dengan situasi kewangan meruncing.

Lanjutan PKP 3.0 kali ini bagaimanapun disambut dengan gembira dan terharu lantaran kerajaan memutuskan premis kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga 10 malam.

Kelonggaran yang diberikan memberi kelegaan kepada Ezham dan berharap para pelanggannya tidak lagi kesuntukan masa untuk membuat tempahan makanan.

Semenjak sebuah majalah dan portal masakan terkenal negara menobatkan Yok Mampir Cafe sebagai antara '27 tempat makan best di Klang bagi tahun 2021', Restoran Ezham menerima peningkatan tempahan namun tempoh operasi yang agak singkat sebelum ini menyebabkan tempahan selepas jam 7.45 malam terpaksa ditolak berikutan kekangan masa penyediaan juga penghantaran.

Bermula Isnin 28 Jun ini, apabila operasi kedai makan dilanjutkan, Ezham berharap ia mampu merancakkan semula peniagaan meskipun larangan dine-in masih dikekalkan.

Dia positif dan berterima kasih kepada kerajaan yang mengambil kira rayuan serta pandangan pengusaha kedai makan.

Artikel majalah tersebut yang membuat bancian serta tinjauan pelanggan tentang restoran pilihan mereka menyatakan Yok Mampir Cafe menyajikan pelbagai variasi makanan barat yang lazat, hidangan saiz besar dan harga yang berpatutan.

"Pengiktirafan ini memberikan semangat buat saya dan staff untuk menyajikan hidangan enak dan berkualiti umpama "seikat bagai sirih, serumpun bagai serai" terus bersatu-padu memberikan yang terbaik.

"Dua dekad pengalaman menguruskan perniagaan restoran ini, saya berpegang teguh dengan prinsip alang-alang berminyak biar sampai licin, kerana banyak kegagalan perniagaan dialami oleh orang-orang yang tidak menyedari betapa dekatnya kejayaan ketika mereka menyerah kalah," ujarnya.

Bagi Ezham, dia pasti bisa melakukannya walaupun jiwa raganya lelah tetapi hati tidak boleh menyerah kalah.

Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan dan kegagalan, tetapi tentang usaha untuk bangkit semula.

Sesungguhnya pandemik ini memberi tamparan hebat buatnya, namun pelayaran dua dekad peniagaan ini akan terus dimudik menuju destinasi kejayaan gemilang.





----------------------------



Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Mon Jun 28 2021

Lockdown #Day27: PKP disambung? Ini 'wishlist' pengusaha 'Yok Mampir'

Sun Jun 27 2021

Menanti pengumuman terbaharu berkaitan PKP 3.0 yang dijangka berakhir pada pada Isnin (Jun 28) menimbulkan sejuta keresahan buat Ezham.

Statistik kes jangkitan terbaru yang masih berada di paras tertinggi serta analisis kes positif mengikut negeri membayangkan seakan tempoh PKP ini bakal dilanjutkan bakal memberi impak yang buruk terhadap kelangsungan perniagaanya.

Akur dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dibentangkan serta menyahut seruan kerajaan ke arah mencapai 80 peratus herd immunity atau imuniti kelompok, Ezham telah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 secara sukarela menerusi aplikasi MySejahtera.

Walaupun pada mulanya Ezham agak bimbang untuk menerima suntikan vaksin kerana banyak cerita negatif mengenainya, namun penjelasan daripada ramai pakar mengenai kebaikan vaksin yang mengatasi keburukan meyakinkannya.

Ezham turut menyeru semua rakyat Malaysia mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 sebagai tanda warganegara yang bertanggungjawab agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat ditamatkan sejurus mencapai sasaran imuniti kelompok.

Ini membolehkan negara kembali pulih dan sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi seperti sediakala sekirannya PPN berjalan lancar.

Besar harapan Ezham agar operasi perniagaan restoran Yok Mampir yang masih bertahan ke saat ini meskipun melalui episod kemelut kewangan yang meruncing akan kembali normal dan mampu meraih pulangan yang lumayan sekiranya PKP ditamatkan.

Ezham menaruh harapan tinggi dengan pengambilan vaksin ini kelak akan memulihkan semula keyakinan pelanggan untuk kembali menikmati hidangan di premisnya.

Perasaan bimbang dijangkiti pandemik sekali gus membataskan keinginan pelanggan untuk dine-in diharapkan lenyap serta-merta.

Kemeriahan menikmati sajian makanan bersama keluarga mahupun teman-teman setelah sekian lama berkurung di rumah akan kembali mewarnai perniagaannya.

Sebaik sahaja negara mencapai sasaran imuniti kelompok, Ezham mengharapkan PKP ditamatkan dan operasi restorannya akan kembali seperti sediakala.

Dia akan berpeluang bersua muka dangan para pelanggannya, di samping merealisasikan segala perancangan yang telah tertangguh antaranya melancarkan menu terbaharu yang pasti menggamit selera pelanggan.

"Saya harap tempahan katering kebanyakan yang terpaksa ditolak dahulu berikutan PKP, dapat dijadualkan semula menurut kehendak pelanggan sekali gus menjana pendapatan yang terjejas teruk sebelum ini.

"Perancangan dan R&D untuk menghasilkan produk Ready-To-Eat (RTE) akan kembali diusahakan sebagai persiapan masa depan sekiranya situasi buruk seperti ini berulang lagi.

"Produk makanan berasaskan teknologi retort ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, sekiranya situasi ini berulang semula," kata Ezham.

Ezham tahu, dia akan mempunyai alternatif lain dan tidak bergantung lagi sepenuhnya kepada hasil pendapatan restoran.

Namun, semua ini menuntut semangat dan usaha yang jitu bagi merealisasikannya.

Berpegang teguh kata pepatah 'tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni', Ezham berdoa episod hitam sepanjang penularan wabak ini tidak akan berulang lagi.

Dia optimis di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, yang penting terus berusaha gigih tanpa mengenal erti putus asa.

Demi kebangkitan dan pemulihan semula ekonomi negara, Ezham turut menyeru setiap anggota masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam melindungi diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin dalam usaha menamatkan krisis  pandemik dan mencapai sasaran herd immunity.

Semoga kehidupan kembali normal seperti sedia kala, idamnya.





----------------------------------



Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.


Sun Jun 27 2021

Lockdown #Day26: Kuasa dunia kulinari

Sat Jun 26 2021

Malaysia dilabel sebagai syurga makanan dan tarikan pelancong serata dunia dek kepelbagaian jenis makanannya.

Kita boleh merasai 1,001 rahsia kenikmatan serta kelazatan masakan authentic bangsa Melayu, Cina, India sehinggalah Bumiputera Sabah dan Sarawak serta masyarakat peranakan seperti Baba dan Nyonya, chetti serta Serani.

Kepelbagaian budaya di Malaysia selaras dengan kepelbagaian makanan yang terdapat di negara kita.

Bidang kulinari merupakan salah satu cabang industri perkhidmatan yang semakin mendapat permintaan tinggi di Malaysia.

Semenjak negara dilanda wabak COVID-19, dianggarkan lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyat bermula 18 Mac 2020 sekali gus memberi impak terhadap sektor pekerjaan.

Banyak sektor pekerjaan terpaksa menghentikan operasi serta merta dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus menular dalam masyarakat.

Bahkan, penutupan sektor ekonomi semasa PKP telah menyebabkan banyak syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan termasuklah gaji pekerja hingga menyebabkan mereka terpaksa membuang pekerja.

Rentetan itu ramai yang terpaksa beralih ke bidang yang menjadikan perniagaan makanan sebagai alternatif demi kelangsungan hidup.

Menyaksikan kewujudan restoran, warung, gerai serta penjaja makanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, Ezham menyambut baik persaingan kompetitif ini. 

Menyedari hakikat pandemik ini akan berlarutan bagi satu jangka masa yang lama serta lebih ramai yang akan menerima impaknya.

Jadi, jalan terbaik demi kelangsungan hidup adalah menceburi bidang kemahiran seperti kulinari yang mempunyai propek masa depan cerah lantaran permintaan tinggi dan fenomena pertumbuhan pesat peniagaan restoran.

Ezham terharu dan menyambut baik undangan dari Le Masters SAITO University College untuk berkolaborasi dalam program sembang santai mengenai prospek karier dan hala tuju dalam bidang kulinari yang menjanjikan masa depan cerah.

SAITO University College menawarkan kurikulum yang komprehensif dan diselaras bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan serta penyelenggaraan makanan.

Kursus itu bakal melahirkan golongan profesional dalam bidang masakan seperti chef, pengusaha katering dan usahawan dalam bidang seni kulinari.

Bagi Ezham dia berbesar hati untuk berkongsi pengalaman bertugas di beberapa hotel bertaraf lima bintang, menjadi Consultant Chef bagi syarikat tekolongi makanan retort dan cabaran mengusahakan perniagaan restoran Yok Mampir selama hampir dua dekad.

"Saya berharap perkongsian ini akan membuka mata masyarakat, kerjaya dalam bidang kulinari kini tidak lagi dipandang remeh, sebaliknya diiktiraf sebagai kerjaya profesional kerana memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi," jelasnya.




------------------------


Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.


Sat Jun 26 2021

Lockdown #Day25: GrabFood dan FoodPanda penyambung nyawa

Fri Jun 25 2021

Seiring peredaran masa, perkhidmatan restoran mengalami pelbagai revolusi demi memacu kejayaan yang pesat dan memastikannya kekal relevan agar terus berdaya saing.

Ezham tidak menyangka awal tahun 2020 bermula detik hitam penularan wabak COVID-19.

Para pelanggan yang berkunjung ke kedai berkurangan secara drastik mengakibatkan pendapatannya jatuh merudum.

Mereka lebih cenderung memilih perkhidmatan penghantaran makanan disebabkan dine-in di dalam restoran tidak dibenarkan berikutan larangan serta SOP ketat yang dilaksanakan pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak.

Pandemik yang melanda dunia menjadikan kebanyakan pelanggan paranoid, lebih berhati-hati kerana bimbang dijangkiti.

Mereka keberatan untuk melakukan aktiviti di luar rumah sebaliknya memilih untuk stay at home termasuklah enggan  keluar makan di restoran.

Mereka memilih untuk memesan khidmat penghantaran makanan menggunakan aplikasi telefon pintar agar makanan terus dihantar ke muka pintu.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang, begitulah tekad Ezham.

Enggan ketinggalan arus teknologi, dia membuat kajian mendalam dalam usahanya memastikan restoran terus  beroperasi  dan bertahan dalam situasi luar jangkaan ini.

Lantas Ezham memilih untuk mendaftarkan restoran Yok Mampir menjadi vendor Food Panda dan GrabFood merchant

Tindakannya mendaftar sebagai rakan peniaga kepada GrabFood  dan FoodPanda adalah inisiatif bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk memesan makanan atas talian tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi restoran.

Ezham yakin trend terkini memesan makanan melalui applikasi telefon pintar mampu menambah bilangan pelanggan untuk perniagaan restorannya secara maya sekali gus meraih pendapatan agar terus bertahan dalam situasi genting ini.

Trend food delivery ini berlangsung selari dengan kemajuan teknologi memberi banyak manfaat terutama kepada generasi millenial yang sering sibuk dengan rutin harian serta kesuntukan masa menyediakan hidangan makanan buat keluarga.

Lantas mereka cenderung memesan penghantaran makanan terus ke muka pintu demi menjimatkan masa.

"Sesungguhnya applikasi FoodPanda dan GrabFood ibarat talian hayat serta penyambung nyawa kepada restoran Yok Mampir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membantu menjana pendapatan melalui perkhidmatan penghantaran makanan meskipun keuntungan tidak di tahap maksimum. Ia berikutan pemotongan komisyen antara 28 sehingga 35 peratus.

"Namun, ia bagaikan nafas baru bagi memastikan kesinambungan perniagaan," kata Ezham.

Ezham sentiasa berharap kehangatan trend pesanan makanan di hujung jari ini mampu megembalikan zaman kegemilangan restoran Yok Mampir seperti satu masa dahulu.





--------------------------------------------




Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.


Fri Jun 25 2021

Lockdown #Day24: Ini bukan masa cari kereta baru ...

Thu Jun 24 2021

Gaya hidup mewah, harta serta aset yang melimpah ruah, kenderaan bernilai ratusan ribu ringgit menjadi simbol kemegahan dan kekayaan sering menjadi kayu pergukur kejayaan seseorang usahawan. 

Kejayaan dalam hidup, menjadi impian semua.

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang gigih.

Besar harapan Ezham, perniagaan yang dijalankan hampir dua dekad ini akan membuka jalan ke arah memberi kesenangan  dan keselesaan hidup mereka sekeluarga.

Ezham meletakkan sasaran tinggi berserta usaha yang jitu bagi memastikan matlamat hidupnya tercapai.

Segala hinaan, cemuhan dan tohmahan yang dilemparkan tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang memajukan perniagaan restorannya.

Pelbagai impian tercipta di benaknya, seriring dengan kemajuaan perniagaan.

Ezham bercita-cita ingin membesarkan lagi perniagaannya dengan membuka cawangan baru menerusi sistem francais serta meneroka peluang baru industri makanan_Ready To Eat_ (RTE) melalui teknologi retort.

Ezham selalu berharap impiannya kelak menjadi kenyataan didorong kejayaan ekstrim seorang usahawan yang merupakan sahabat baiknya di bangku sekolah.

Pelbagai transformasi dilalui sahabatnya yang bergelar jutawan muda itu.

Impiannya hancur saat pandemik COVID-19 melanda.

Peningkatan mendadak kes di Malaysia memaksa kerajaan melaksanakan SOP yang ketat bagi melandaikan keluk COVID -19.

Restorannya terkesan dengan pelbagai larangan dan syarat ketat pematuhan SOP  mengakibatan kemelut kewangan meruncing.

Segala perancangan perniagaan, impian serta angan- angan terpaksa ditangguhkan dahulu.

Impiannya untuk membeli kenderaan baru dalam masa terdekat ini untuk keselesaan dan menampung bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah terkubur jua.

"Ini bukan masanya untuk menukar kereta baru.

"Ibarat kata pepatah 'calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang' -  bermaksud dipakai untuk sementara sahaja, sementara keadaan belum mengizinkan. Kenderaan ini sekadar untuk mencukupi keperluan bukan memenuhi kehendak nafsu.

"Impian terpaksa dikorbankan dahulu demi memastikan kelangsungan perniagaan dan perjuangan yang belum selesai," ujar Ezham.

---------------------------------------------

Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Thu Jun 24 2021

Lockdown #Day23: Kenangan dapat pesanan 1,800 set Chicken Chop

Wed Jun 23 2021

Menelusuri jalan kenangan, mengimbau saat- saat kegemilangan restoran Yok Mampir, terlalu banyak momen manis terindah tercipta.

Di sebalik pahit getir membangunkan perniagaan tanpa asas yang kukuh, Ezham percaya berkat doa tulus serta restu ibu bapanya, Yok Mampir Cafe terus bertahan hingga saat ini.

Mengimbau kembali tempahan makanan berskala besar yang diterima sebelum penularan wabak COVID-19 memberi seribu pengalaman indah buat Ezham serta para pekerjanya.

Tempahan 1,800 set Chicken Chop yang diterima dari salah sebuah syarikat korporat yang berpengkalan di Pelabuhan Klang sungguh mendebarkan.

Memikirkan strategi pembelian bahan mentah, mise-en-place, tempoh penyediaan dan pengendalian yang optimum bagi menggelakkan pencemaran makanan, pembungkusan yang praktikal serta sistem logistik yang efektif agar penghantaran tempahan berjaya di hantar dan diterima dalam keadaan selamat.

Pelbagai cabaran yang di tempuhi sepanjang tempoh penyediaan tempahan tersebut. Di antaranya penambahan 200 set Chicken Chop pada saat akhir, kekurangan staff yang menyebabkan staff sedia ada mengalami keletihan melampau berikutan kekurangan rehat dan tidur tidak mencukupi namun Ezham bersyukur kerana berjaya jua menyiapkan 1,800 set Chicken Chop memenuhi hasrat syarikat korporat terbabit.

"Namun, semenjak negara dilanda pandemik ini, adalah sesuatu yang mustahil mengharapkan tempahan-tempahan berskala besar seperti itu lagi.

"Saya tetap optimis walaupun kuasa membeli rakyat merundum sejak kebelakangan ini.

"Kita juga tahu pihak kerajaan telah merangka pelbagai insentif dan inisiatif ke arah meningkatkan kuasa beli rakyat melalui Belanjawan 2021," katanya.

Harapan Ezham agar Belanjawan 2021 akan merangsang sektor ekonomi  negara, mengurangkan beban kewangan rakyat dan mencipta peluang pekerjaan serta memulihkan ekonomi peniaga.

Semuanya agar memori tempahan 1,800 set Chicken Chop ini mungkin berulang semula.

---------------------------------------------

Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Wed Jun 23 2021

Lockdown #Day22: Nasi Goreng Meletops jadi igauan semua

Tue Jun 22 2021

Cukup menarik seperti namanya, kenikmataan saat menjamah Nasi Goreng Meletops cetusan idea dan improvisasi resipi dari hidangan klasik Melayu, sambal tumis udang petai pasti menjadi igauan semua.

Bagi memastikan peniagaan restorannya terus berdaya saing dan kekal relevan, Ezham memerah otak serta bereksperimen dengan pelbagai jenis masakan untuk menghasilkan menu terbaharu sebagai daya tarikan pelanggan.

Ezham tampil dengan idea mengkomersialkan hidangan tradisi sambal tumis udang petai.

Mengolahnya menjadi satu menu masakan panas a'la carte yang pantas disediakan secara a'la minute apabila dipesan para pelanggan.

Kepedasan dan kemanisan sambal tumis, aroma petai yang menyengat serta udang besar saiz XL , digunakan untuk menghasilkan Nasi Goreng Meletop berjaya meraih minat ramai pelanggan untuk mencubanya saat berkunjung ke Yok Mampir.

Populariti menu Nasi Goreng Meletop turut melonjak naik saat  Astro AWANI menyiarkan liputan khas mengenai menu itu dalam slot khas Ramadan: Jom Iftar suatu masa dahulu.

Tinjauan mendapati ramai pelanggan dari kawasan sekitar Klang, Setia Alam dan Shah Alam berkunjung ke kedai, kebanyakkan mereka mahu mencuba Nasi Goreng Meletops selepas menonton slot berkenaan.

Rata-rata pelanggan mengakui kesedapan dan memuji keunikan rasa Nasi Goreng Meletops.

Populariti yang diraih menjadikan Nasi Goreng Meletops signature dish yang wajib dicuba selain dari puluhan menu yang lain.

Ezham mengakui idea untuk menggabungkan nasi goreng dengan sambal tumis udang petai adalah untuk mempelbagaikan variasi menu di restorannya, tidak hanya tertumpu pada masakan barat.

Sebaliknya dia bercadang untuk tampil dengan pelbagai menu yang mengangkat masakan Melayu  diolah menjadi fusion cuisine agar dapat memikat selera generasi millennial.

"Saya kongsi cara penyediaan Nasi Goreng Meletops serta pelbagai menu mudah dan simple menerusi saluran Youtube (Cafe Yok Mampir)  khusus buat pelanggan yang mahu mencuba memasak di rumah sepanjang tempoh PKP serta menjadikannya sumber pendapatan tambahan.

"Semoga segelintir pelanggan yang terkesan serta hilang mata pencarian lantaran penularan wabak COVID-19 ini akan memanfaatkan itu untuk menjana pendapatan bagi menampung kehidupan seharian," kata Ezham.




-------------------------





Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Tue Jun 22 2021

Lockdown #Day21: Selamat Hari Bapa.. Abah idolaku

Mon Jun 21 2021

Figura hebat berumur 70 tahun ini sentiasa menjadi idola dan bapa contoh terbaik buat Ezham.

Haji Zamzuary Ahamad Zaini merupakan tunjung utama kewujudan Yok Mampir Cafe serta penyokong tegar perniagaan restoran ini.

Beliau sentiasa optimis dengan pilihan Ezham untuk berkecimpung dalam bidang peniagaan.

Seorang bapa yang berfikiran terbuka, menyokong pilihan karier anak-anaknya, memberi dorongan serta galakan namun pesanan tegasnya pada anak-anak once you step in the path, there's no turning back.

Beliau merupakan seorang Chartered Accountant bertauliah dan sentiasa berkongsi pengalaman serta memberi tunjuk ajar selok belok pengurusan restoran dari aspek pentadbiran kewangan.

Minat mendalamnya terhadap bidang perniagaan terpupuk sedari usia muda.

Walaupun menjawat jawatan tinggi dalam sektor swasta, itu tidak menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam peniagaan secara sambilan.

Ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi minat mendalam terhadap perniagaan turun kepada anak lelaki sulungnya Ezham.

"Pendedahan awal tentang perniagaan seawal umur saya 6 tahun bagi memupuk minat dan menyemai semangat enterpreuship ternyata berbaloi.

"Buktinya peniagaan restoran Yok Mampir ini berdiri teguh selama hampir dua dekad walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi," ujar Ezham.

Dugaan terbesar penularan COVID-19 masa kini, Ezham berharap akan perniagaan terus bertahan meskipun ekonomi dunia mengalami pertumbahan lembap dan menjejaskan sektor ekonomi domestik khususnya  bidang perkhidmatan seperti pelancongan, runcit serta makanan dan minuman yang merupakan komponen sektor terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Harapan Ezham agar peniagaan yang diinspiraskan dari minat bapanya tidak akan menerima nasib yang sama seperti kebanyakan syarikat lain yang terpaksa gulung tikar dek impak COVID-19.

Dedikasi khas buat Haji Zamzuary, di setiap titisan peluhmu, di setiap lelah nafasmu, penuh dengan kasih dan sayang.

Terima kasih abah atas segala pengorbanan mu.

Selamat Hari Bapa ...






------------------------------



Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.


Mon Jun 21 2021

Lockdown #Day20: Talam Western pilihan pelanggan, lepas PKP jangan tak mampir ...

Sun Jun 20 2021

Hidangan makanan di atas talam antara trend terkini yang menjadi ikutan ribuan pengusaha restoran sebagai tarikan kepada pelanggan untuk berkunjung ke restoran mereka.

Yok Mampir Cafe merupakan antara pelopor menu hidangan Talam Western semenjak 2017.

Menawarkan dua jenis pilihan Talam Western: Talam Combo Couple berharga RM35.90 sesuai untuk dua ke tiga orang dan Talam Combo Family berharga RM69.90 sesuai untuk lima ke enam orang sentiasa menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung secara berkumpulan.

Menu istimewa ini hasil cetusan idea Ezham yang mahu para pelanggannya merasai variasi hidangan western dengan harga yang berpatutan.

Setiap talam dihidangkan dengan ayam, daging dan kambing panggang perapan istimewa mengunakan rempah ratus berkualiti tinggi.

"Ia dihidangkan juga dengan tiga pilihan pasta - beef bolognese, chicken carbonara atau aglio olio.

"Set talam ini juga disajikan dengan empat jenis hidangan sampingan kentang lenyek, roti bawang putih, spicy potato wedges dan onion ring

"Akhir sekali, sebagai pelengkap sajian garden salad with dressing untuk mengimbangi kandungan nutrisi dalam hidangan talam tersebut," kata Ezham.

Populariti menu sajian talam berjaya melonjakkan semula nama Yok Mampir Cafe dan menjadi pilihan utama pelanggan serta top selling items di applikasi Food Panda dan Grab Food sekali gus melonjakkan graf hasil jualan harian.

Namun, panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Dalam keghairahan Ezham menguruskan perniagaannya, negara di landa wabak COVID-19 sekali gus merencatkan segala pertumbuhan ekonomi Malaysia sehingga menggugat perniagaan Ezham berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Meskipun PKP 3.0 fasa kedua dilanjutkan sehingga 28 Jun, Ezham berharap pandemik ini segera berakhir agar sektor ekonomi dapat beroperasi seperti sedia kala. 

Beberapa perubahan drastik dirancang agar menu talam ini akan terus meraih populariti di kalangan pelanggan dan memberi 1,001 kenangan terindah saat dinikmati bersama yang tersayang.



------------------------



Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Sun Jun 20 2021

Lockdown #Day19: Yok Mampir, penyambung kasih utara dan selatan

Sat Jun 19 2021

Adik-beradik ibarat dahan pokok, bertumbuh dan bercambah mengikut rezeki serta haluan masing-masing, berlainan nasib, berbeza tumbuhnya.

Pohonnya masih satu, akarnya masih sama.

Walaupun jauh, walaupun bergaduh, sampai masa tetap akan berpadu jua.

Begitulah jua dua insan di dalam gambar ini. Hubungan adik beradik yang erat dan utuh bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus.

Yok Mampir Cafe menjadi saksi melerai kerinduan dua beradik yang terpisah dek tuntutan karier dan keluarga.

Kakak jauh nun di utara manakala adik tersayang berada di selatan tanah air bertemu jua setelah sekian lama tidak berjumpa.

Jauh di mata, dekat di hati. Terpancar cahaya kegembiraan dua beradik ini, berpelukan erat meleraikan kerinduan, meruntuhkan keegoan, melupakan persengketaan, memilih kedamaian. 

Menikmati pelbagai makanan istimewa yang disajikan mengeratkan mereka sambil senyum tertawa, berbicara, berjenaka dan berkongsi kisah suka duka di perantauan. Ezham tumpang bahagia dek restorannya menjadi pilihan dua beradik ini bersemuka dan bertentang mata setelah sekian lama.

"Sayangnya, penularan wabak COVID-19 tika ini menghalang segala memori indah seperti itu berulang kembali, doa sentiasa dipanjatkan pada Ilahi agar pandemik segera berlalu pergi.

"Semoga inisiatif kerajaan menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19 akan berjaya jua agar kehidupan rakyat Malaysia kembali normal.

"Sesungguhnya momen-momen istimewa ini memberi inspirasi agar terus memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan menjalankan perniagaan sebagai amal ibadat," ujarnya.

Ezham menyedari dia memikul tanggungjawab berat menyediakan makanan halalan toyibban dengan harga berpatutan.

Dia mahu kenangan manis suatu masa dahulu menggamit kedatangan pelanggan sekali gus mengeratkan semula hubungan kekeluargaan penyambung silaturrahim.


----------------------------------




Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Sat Jun 19 2021

Lockdown #Day18: Pakar kulinari muda ini penyambung legasi

Fri Jun 18 2021

Anak ini sebaya umurnya dengan dengan restoran Yok Mampir.

Kelahirannya ke dunia dinantikan dengan penuh debaran dan kesyukuran atas kurniaan Ilahi.

Kekuatan jiwa, semangat dan karakter anak sulung ini menjadi nadi penggerak ke arah memajukan perniagaan restoran Yok Mampir.

Genap seminggu keputusan SPM ProMax 2020 diumumkan. Anak ini antara calon yang menduduki peperiksaan SPM di kala pandemik COVID-19 memuncak.

Tangisan gembira, perasaan bangga dan terharu Ezham seisi keluarga saat menerima keputusaan cemerlangnya.

Ia sekali gus menjadi saksi kepayahannya mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh pembelajaran dalam suasana PKP yang begitu mengetarkan jiwa raga.

Rutin harian anak ini padat.

Sebenarnya, tidak sepadan dengan usianya yang masih mentah. Siang hari dia akan sibuk menelaah pelajaran secara dalam talian dan malam harinya dia sibuk membanting tulang membantu keluarga menguruskan perniagaan.

Kecekapannya menyediakan pelbagai jenis makanan, melayan pelanggan dan menguruskan tempahan hasil tunjuk ajar sementelah dia telah didik oleh bapanya sejak berusia semuda 5 tahun.

Pengorbanan terbesar mencuri masa mengulang kaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah tanpa culas ternyata membuahkan hasil.

Perit jerih serta penat lelahnya membantu keluarga menguruskan perniagaan terbalas dengan keputusan cemerlangnya.

Kini, dia sedang mencongak peluang memasuki menara gading dalam jurusan yang dapat membantu mengembangkan perniagaan restoran.

"Ohh may be she will be the next culinarian, menyambung legasi peniagaan ini yang menjadi warisan turun temurun. Anakku Ezza Aleya," ujar Ezham.

Ezham turut bersyukur kerana tatkala negara bergelut dengan pandemik wabak COVID-19 dan kebimbangan yang memuncak, perniagaannya tidak terlalu terjejas.

Hari ini, Astro AWANI melaporkan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis pandemik COVID-19 yang memberikan tamparan hebat terhadap tahap pendapatan rakyat Malaysia.

Bagi Ezham, rezeki ada di mana-mana. Berbekalkan tenaga dan kerja keras, dia hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T.


------------------------------




Ini adalah diari terbaharu hasil perkongsian Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Fri Jun 18 2021

Lockdown #Day17: Aduhai ... sebungkus nasi dikongsi berempat

Thu Jun 17 2021

Menelusuri perjalanan hampir dua dekad dalam perniagaan restoran pelbagai kisah pahit manis yang ditempuhi Ezham.

Bermacam ragam dan karenah pelanggan dihadapi dengan sabar dan tenang kerana berpegang teguh dengan prinsip 'Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami'.

Namun, dalam ribuan pelanggan yang datang menjamu selera di restoran Yok Mampir, ada satu kisah yang meruntun jiwa Ezham.

Peristiwa berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru ini is a real eye-opener.

"Hujan lebat membasahi bumi sejak tengah hari merencatkan aktiviti peniagaan kami.

"Pelanggan tidak dapat keluar untuk membeli makanan, pesanan makanan menerusi Food Panda dan Grab Food terbatal berikutan faktor cuaca buruk benar-benar merunsingkan.

"Saya mengenangkan pelbagai masalah yang perlu ditanggung seperti bil-bil yang tertunggak, gaji pekerja yang dibayar serta hutang pada pembekal perlu dilunasi," ujarnya.

Ezham hanya mampu berdoa hujan berhenti secepat mungkin agar aktiviti perniagaan kembali normal.

Selesai berdoa, secara tiba-tiba ternampak bayang empat orang remaja pelajar tahfiz berlari-lari anak meredah hujan masuk ke kedai lalu memesan sebungkus nasi goreng kampung.

Ditebak perasaan ingin tahu yang meluap-luap, Ezham bertanya mengapa hanya sebungkus sedangkan mereka berempat.

Lalu dengan nada sedih, remaja tersebut menjawab mereka kelaparan, hanya ada RM5 dalam saku dan terpaksa berkongsi makanan.

Dewan makan pusat tahfiz berkenaan ditutup berikutan PKP manakala semua pelajar tahfiz yang lain pulang ke pangkuan keluarga.

Empat pelajar tersebut merupakan anak yatim dan terpaksa tinggal di pusat tahfiz sepanjang tempoh PKP.

Terkesan dengan rintihan mereka, Ezham menggoreng empat bungkus nasi goreng kampung lalu disedekahkan seikhlas hati mengenangkan perit jerih pelajar-pelajar tahfiz tersebut berjalan sejauh 2 km semata-mata untuk sebungkus nasi dikongsi bersama.

Kepayahan remaja tersebut yang terpaksa mengikat perut dan berlapar benar-benar menginsafkan Ezham.

Terpaksa berlapar kerana ketiadaan wang bukan pilihan mereka tetapi atas keterpaksaan dan desakan hidup.

Benar janji Allah SWT, sedekah itu pembuka pintu rezeki.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Alhamdulilah ... berkat sedekah kepada remaja tahfiz berkenaan, petang itu perniagaan kembali rancak setelah hujan reda.

Pelanggan berpusu-pusu datang ke kedai, peranti Food Panda dan Grab Food berbunyi menandakan pesanan masuk tanpa henti, ruang pakir kedai di penuhi dengan motosikal penghantar makanan, Ezham bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang melimpah ruah pada hari itu.

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan.

Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)




------------------------------------------



Ini entri pertama Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown ini.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

Thu Jun 17 2021

Lockdown #Day16: Kenangan Syawal lepas

Wed Jun 16 2021
Lockdown #Day16: Kenangan Syawal lepas

Lockdown #Day16: Syawal ini, bukan Syawal yang lalu ...

Wed Jun 16 2021

Salah satu cabang peniagaan Yok Mampir Cafe adalah perkhidmatan katering yang menawarkan pelbagai jenis makanan untuk semua majlis keraian.

Tempahan diterima di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Acap kali bulan Syawal menjelma, Ezham dan para pekerja Yok Mampir Cafe akan bertungkus lumus bukan untuk meraikannya tetapi merencana jadual dan menyusun tempahan katering open house Aidilfitri daripada para pelanggan setia.

Saban tahun kemeriahan Syawal diraikan dengan rezeki tempahan katering open house yang melimpah ruah sehingga ada kalanya tidak menang tangan dan terpaksa ditolak dek kerana kekangan masa dan staff utuk menguruskan.

Namun, situasi berbeza menyambut kedatangan bulan Syawal tahun ini bukan seperti Syawal yang lalu.

Pandemik COVID-19 serta SOP yang melarang rakyat Malaysia menziarahi keluarga, sanak saudara serta rakan taulan mengakibatkan Yok Mampir Cafe kehilangan satu cabang sumber rezeki dari tempahan katering rumah terbuka (open house) sempena Aidilfitiri.

"Syawal yang sentiasa di nantikan tetapi berbeda tahun ini. Kami pasrah dan reda. Akur dengan takdir Allah S.W.T.

"Walaupun sedih mengenangkan beberapa tempahan katering yang terpaksa di tolak, tetapi ia perlu ditempuh kerana SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

"Sedih mengenangkan hasrat untuk menjana pendapatan tambahan melalui tempahan katering tidak berjaya, kini perancangan yang baru perlu dilaksanakan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan Yok Mampir Cafe," katanya.

Semoga pandemik ini berakhir dengan segera agar Syawal yang mendatang dinantikan dengan sejuta impian dan harapan. Amin....



------------------------------



Ini entri pertama Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 30 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown ini.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.


Lockdown #Day15: Restoran Yok Mampir

Wed Jun 16 2021
Lockdown #Day15: Restoran Yok Mampir

Lockdown #Day15: 'Terpaksa hentikan separuh dari pekerja kerana tidak mampu bayar gaji'

Wed Jun 16 2021

(Ini entri pertama Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 28 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown ini)

Apabila pandemik COVID-19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dilaksanakan pada 18 Mac 2020, perniagaan restoran Yok Mampir yang diusahakan Ezham sejak 2003 mengalami penurunan yang mendadak dari aspek penjualan harian berikutan SOP larangan dine-in.

Keadah penjualan makanan yang hanya dibenarkan melalui penghantaran atau bawa pulang memberi impak besar kepada hasil jualan.

Pada masa itu, Ezham tahu cabaran dalaam perniagaan sudah bermula dengan bilangan pelanggan yang terhad serta masa perniagaan yang singkat.

Beberapa keputusan drastik terpaksa dibuat berikutan penurunan hasil jualan.

"Pada masa itu, kita terpaksa memberhentikan separuh dari pekerja kerana tidak mampu membayar gaji, memendekkan tempoh waktu bekerja dan membayar separuh gaji.

"Situasi menjadi semakin tertekan apabila terpaksa memohon bantuan anak-anak yang bersekolah agar turut sama menggembleng tenaga menggantikan pekerja yang di berhentikan dan mengurangkan menu jualan agar dapat menampung kos operasi serta bahan mentah yang naik secara mendadak berikutan PKP," ujarnya.

Situasi itu berterusan, PKP 3.0 ini adalah saat paling kritikal kerana ia lanjutan selepas sekian lama tiada pelanggan dibenarkan dine-in dan lokasi kedai ini sebenarnya di kawasan pinggir bandar, jadi kebanyakan penduduk di sini mungkin memilih untuk masak sahaja di rumah masing-masing.



-----------------------------------

Ini entri pertama Ezham, sebagai pengusaha Yok Mampir dalam pelaksanaan PKP 3.0 sehingga 30 Jun ini, dalam edisi Diari Lockdown ini.

Kompilasi harian ini dikelola wartawan kanan, Wan Syamsul Amly.

#Diari Lockdown#PKP 3 0#perintah kawalan pergerakan#Ezham
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.