UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC International: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Astro Awani
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Gambar fail

Dari 'Malu Apa Bosku' ke 'national embarassment'

Wed Dec 08 2021

Jika sebelum ini slogan 'Malu Apa Bossku' mempopularkan nama beliau selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jenama itu mengusung populariti Najib Razak khususnya selepas kejatuhan seketika Barisan Nasional (BN) semasa beliau mengemudi parti itu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib tidak pulangkan RM42 juta tapi gunakan dana ikut keinginannya - Hakim

Wed Dec 08 2021

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengembalikan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya, sebaliknya telah menggunakannya, kata Mahkamah Rayuan hari ini.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tindakan Najib bukan untuk kepentingan negara tetapi memalukan negara - Hakim

Wed Dec 08 2021

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan dana SRC International Sdn Bhd bukan demi kepentingan negara tetapi hanya memalukan negara.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata Najib terlibat secara aktif dalam memastikan RM4 bilion pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International disalurkan kepada syarikat itu tetapi selepas dana itu dikeluarkan, perayu (Najib) tidak mengambil peduli mengenai dana tersebut.

BACA BERITA PENUH DI SINI


Penangguhan hukuman Najib satu 'rekod dunia' - Tun M

Wed Dec 08 2021

Keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jelas membuktikan Datuk Seri Najib Razak bersalah atas dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati apabila mahkamah membenarkan hukuman terhadap Najib ditangguhkan sementara menantikan keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Prosiding di Mahkamah Persekutuan tidak akan lama - Pendakwaan

Wed Dec 08 2021

Proses rayuan terakhir Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri itu, dijangka tidak mengambil masa yang lama.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaran menjelaskan, ini kerana hampir kesemua dokumen yang diperlukan untuk prosiding di Mahkamah Persekutuan sudahpun lengkap.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib sekali lagi lafaz sumpah laknat

Wed Dec 08 2021

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri keenam negara itu menyatakan rasa kecewa di atas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada ''gag order" Najib aktif di media sosial

Wed Dec 08 2021

Usaha jitu pihak Pendakwa Raya

Wed Dec 08 2021

Tiada politik di dalamnya -  V Sithambaram

Wed Dec 08 2021

Pendakwa Raya tunggu notis rayuan Najib

Wed Dec 08 2021

"Saya sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan" - Najib

Wed Dec 08 2021

Najib menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Rabu. 

"Saya sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan telah meminta pasukan pembelaan mengemukakan permohonan", kata Najib dalam sidang media maya berlangsung sejurus selepas keputusan diterima.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuannya untuk mengenepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. 


Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan

Wed Dec 08 2021

Sidang media pasukan pembelaan Najib

Wed Dec 08 2021

Sidang media pasukan pembelaan Najib secara maya di Zoom berlangsung sekarang di saluran 501 dan LIVE TV Astro AWANI.

Sidang media pasukan pendakwa raya

Wed Dec 08 2021

Sidang media pasukan pendakwa raya

Wed Dec 08 2021

Najib masih ada peluang walau rayuan ditolak - Peguam

Wed Dec 08 2021

Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dihadapinya membuktikan proses pentadbiran keadilan di negara ini dilaksanakan dengan baik.

Menurut peguam bela dan peguam cara Datuk Salehuddin Saidin, meskipun ditolak rayuan, namun Najib masih mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang media peguam Najib

Wed Dec 08 2021

Pihak pembelaan dijangka mengadakan sidang media melalui zoom pada 12.30 tengah hari berhubung keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi.

Hukuman penjara, denda ditangguhkan

Wed Dec 08 2021

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju hukuman penjara dan denda ke atas bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan, sehingga selesai proses perbicaraan di Mahkamah Persekutuan. Jumlah ikat jamin masih kekal sama. @501Awani pic.twitter.com/hEThcOSTUq

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

Mahkamah benar penangguhan hukuman

Wed Dec 08 2021

Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Najib selepas peguam bela Farhan Read mengemukakan permohonan untuk membawa rayuan ke proses seterusnya di Mahkamah Persekutuan.

Syarat penangguhan masih sama iaitu jaminan RM2 juta dengan dua penjamin, dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Prosiding hari ini selesai kira-kira jam 11.15 pagi

Pembelaan mohon penangguhan hukuman

Wed Dec 08 2021

TS Muhammad Shafee mohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan. 'Talian hayat terakhir' DS Najib utk elak dipenjara. @501Awani @NajibRazak

— Umavathi Ramayah ?? (@UmavathiRamayah) December 8, 2021

Pembelaan bawa kes ke Mahkamah Persekutuan

Wed Dec 08 2021

Pihak pembelaan sedang merayu untuk hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ditangguhkan sementara proses seterusnya - Mahkamah Persekutuan. Sementara itu penyokong di luar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. pic.twitter.com/1BFeu3DkdZ

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib

Wed Dec 08 2021

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan untuk menolak rayuan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu ke atas  keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas.

Kekal sabitan, hukuman

Wed Dec 08 2021

[Terkini] Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan kekalkan sabitan dan hukuman dalam kesemua tujuh pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Lanjut di @501Awani pic.twitter.com/6bJyoDT0Tu

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

Tiga pertuduhan pecah amanah terhadap Najib melampaui keraguan munasabah

Wed Dec 08 2021

Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib.

Hakim Mahkamah Tinggi tidak salah arah Najib bela diri

Wed Dec 08 2021

Panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan salah dalam mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela diri dalam tujuh pertuduhan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil masih lagi membaca keputusan pada prosiding yang bermula jam 9.30 pagi.

Panel Hakim baca keputusan

Wed Dec 08 2021

Panel hakim mula baca keputusan berhubung rayuan Najib.

Keputusan dijangka diketahui beberapa minit lagi

Wed Dec 08 2021

Prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan bermula.

Prosiding hari ini dilaksanakan melalui zoom yang menyaksikan hakim dan pasukan pendakwaan berada di Mahkamah Rayuan manakala Najib dan pasukan peguamnya berada di lokasi lain berikutan pendedahan bahawa bekas perdana menteri itu serta peguam bela menjadi kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

Pihak pembelaan muncul di aplikasi Zoom

Wed Dec 08 2021

DS Najib dan pasukan pembelaannya dilaporkan sudah muncul di aplikasi Zoom sekitar 9.05 pagi tadi, bagi mengikuti keputusan terhadap rayuannya. Terdahulu media melaporkan beliau telah diklasifikasi sebagai kontak kasual COVID-19 dan tidak dapat hadir secara fizikal @501Awani pic.twitter.com/HB5S90IaQw

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

'Doakan Daddy diberi kekuatan dan keadilan' - Nooryana

Wed Dec 08 2021

Anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa meminta agar orang ramai mendoakan agar ayahnya itu diberi kekuatan dan keadilan.

Dalam perkongsian hantaran media sosial, Nooryana berkata beliau percaya dan yakin dengan kebenaran di dunia dan akhirat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Doa penyokong Najib

Wed Dec 08 2021

“Ku pohon padaMu, selamatkan DSNR kami” - antara doa yang tertera di baju penyokong Bekas Perdana Menteri itu.

Menurut rakan setugas @UmavathiRamayah yang berada di dalam, prosiding masih belum berjalan. @501Awani pic.twitter.com/COzLv0uRJq

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

Prosiding secara dalam talian bermula

Wed Dec 08 2021

Prosiding secara dalam talian bermula, Najib muncul di aplikasi zoom.

'Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini' - Nooryana Najwa

Wed Dec 08 2021

View this post on Instagram

A post shared by yananajib (@yananajib)

Penyokong Najib di hadapan Istana Kehakiman

Wed Dec 08 2021

Kelihatan sekumpulan penyokong DS Najib Razak mula berada di hadapan Istana Kehakiman. Juga terlihat anggota Penguatkuasa dari PDRM dan Pertahanan Awam untuk memantau keadaan. @501Awani pic.twitter.com/XZtf5HhCd4

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

Wartawan Firdaus Azil & Umavathi Ramayah melaporkan dari Istana Kehakiman, Putrajaya

Wed Dec 08 2021

Keputusan rayuan DS Najib Razak untuk mengenepikan sabitan ke atasnya berhubung dana RM42 juta SRC International, akan diketahui sekitar 9 pagi nanti.

Suasana di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya ketika ini . @501Awani pic.twitter.com/iswMsQ02Do

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) December 8, 2021

Mahkamah Rayuan Putrajaya jadi tumpuan hari ini

Wed Dec 08 2021

Hari ini pastinya akan menarik tumpuan ramai di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mengetahui keputusan sama ada rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan sabitan dan hukumannya.

Ahli Parlimen Pekan itu sebelum ini didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wartawan dibenar masuk

Wed Dec 08 2021

Wartawan dibenarkan masuk ke Istana Kehakiman untuk liputan keputusan rayuan Najib Razak.

Nasib Najib diketahui hari ini

Tue Dec 07 2021

Mahkamah Rayuan hari ini akan memutuskan sama ada membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Ini berkaitan sabitan bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Saya sedia hadapi ujian dengan tenang dan reda' - Najib

Tue Dec 07 2021

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan esok.

Dalam kemas kini di laman sosialnya malam ini, Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama penyokongnya mengadakan solat jemaah kerana beliau menjadi kontak kasual kepada pesakit COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Mahkamah Rayuan tolak permohonan masukkan bukti baharu

Tue Dec 07 2021

Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

Ia selepas panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Bukti baharu boleh dipercayai - Muhammad Shafee

Tue Dec 07 2021

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan bukti baharu yang hendak dimasukkan dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti yang boleh dipercayai.

Dalam hujahannya, beliau berkata, Mahkkamah Rayuan sewajarnya mendengar bukti yang dikemukakan dan menerima masuk bukti berkenaan dalam rayuan Najib, yang bakal diputuskan esok.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Najib's bid to adduce new evidence merely to delay court's decision - Prosecution

Tue Dec 07 2021

The prosecution in Datuk Seri Najib Tun Razak's SRC International Sdn Bhd case is objecting to the former prime minister's application to adduce new evidence in his appeal, contending that it was only done to delay the decision appeal decision which was scheduled on Wednesday.

Through an affidavit-in-reply that was made available to the media, deputy public prosecutor Budiman Lutfi Mohamed said all the evidence in the case had been made available to the Kuala Lumpur High Court and the Court of Appeal for the determination of Najib's appeal, hence there was no relevant additional evidence that was required for the fair disposal of the case.

FULL ARTICLE HERE 

[LAPOR LANGSUNG] Perbicaraan kes SRC Najib

Tue Dec 07 2021

Lapor langsung kes SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu.

Persoalannya, apakah keputusan Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International? 

Klik pautan
ini untuk melihat apa berlaku ketika prosiding berkenaan.

 


Najib gagal masukan bukti baharu dalam rayuan

Tue Dec 07 2021

Najib gagal masukan bukti baharu dalam rayuan

Tue Dec 07 2021

Mahkamah Rayuan tolak permohonan masukkan bukti baharu

Tue Dec 07 2021

Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya ditolak Mahkamah Rayuan hari ini.

Ia selepas panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima mahkamah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pendakwa Raya sifatkan tambah bukti baharu "berniat jahat"

Tue Dec 07 2021

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram mendakwa permohonan pasukan guaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam kes berkait SRC International Sdn Bhd adalah "berniat jahat".

Beliau berkata demikian dalam sesi pendengaran yang dilakukan secara hibrid pada Isnin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perbicaraan SRC International diteruskan dalam talian atau waran tangkap untuk Najib akan dikeluarkan

Tue Dec 07 2021

Perbicaraan kes rayuan SRC International akan diteruskan pada 12.30 tengah hari pada Isnin secara dalam talian atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta-merta, kata Mahkamah Rayuan hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, juga berkata keputusan rayuan Najib terhadap sabitan kesalahannya juga akan diteruskan esok.

#SRC International Sdn Bhd#Najib Razak#Jho Low#Mahkamah Rayuan
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.