Pas tidak bertanding, fokus permuafakatan dan PRU-15
as membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat demi memelihara permuafakatan bersama rakan sekutunya.
"Pas menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah), setelah usaha rundingan dimuktamadkan.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: BN, PN dan PBS setuju elak pertembungan calon
Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata semua parti terlibat juga telah bersetuju membentuk solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: Dulu lawan sepupu, kini Mohd Shafie bakal lawan anak buah
Mohd Shafie antara lain bakal dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga anak buahnya sendiri, Norazman Utoh Nain yang juga Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna.
Pada PRU14 yang lepas, kerusi DUN berkenaan turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Shafie dengan sepupunya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, dengan keputusan memihak kepada Mohd Shafie yang memperoleh 7,754 undi.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: MCA sahkan tanding empat kerusi
MCA akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini.
Pengerusi Perhubungan MCA Sabah Lu Yen Tung berkata, empat kawasan itu ialah Kapayan, Elopura, Karamunting dan Likas.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: PBS sahkan tanding 15 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan bertanding di 15 kerusi dengan menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Dalam kenyataan media Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kesemua kerusi itu menggandingkan muka lama dan baharu.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: Hajiji terkejut tiga pertindihan kerusi dengan BN
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, tidak mengetahui lebih awal mengenai kemungkinan pertembungan tiga kerusi Pakatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) yang akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan pertembungan di kerusi DUN Paginatan, Tulid dan Sook itu, Hajiji kelihatan agak terperanjat dan memberitahu tidak dapat mengesahkannya.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: PN umum bertanding 29 kerusi, akan bincang dengan BN elak pertembungan
Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada Bersatu, SAPP dan Star mengumumkan akan bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Ia bagaimanapun menyebabkan berlaku tiga pertembungan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) iaitu di DUN Tulid yang ditandingi (PBRS), Sook (PBRS) dan Paginatan (UMNO).
Berikutan itu, barisan kepimpinan PN akan mengadakan perbincangan dengan pimpinan BN dalam usaha memastikan tiada pertindihan calon.
Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yakin, keputusan sepakat dapat dicapai antara kedua-dua gabungan.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: PKR tanding tujuh kerusi, guna logo sendiri
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah lewat petang ini mengumumkan untuk mencapai kata sepakat dengan sekutu rapat Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk bertanding di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu mendapat restu dan pengesahan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PRN Sabah: PCS bertanding 73 kerusi, tidak bekerjasama dengan parti lain
Parti Cinta Sabah (PCS) mengumumkan akan bertanding di semua 73 kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.
Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman, hari ini mengumumkan senarai 70 calonnya yang akan bertanding dan menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
PBRS umum tanding lima kerusi termasuk DUN Tulid
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengumumkan bertanding lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Sook dan satu DUN baharu iaitu Tulid.
Tegasnya, ini adalah peluang kepada PBRS untuk membuktikan bahawa parti itu adalah sebuah parti tempatan yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
Gabungan PN Sabah bertanding di 29 kerusi DUN
Perikatan Nasional Sabah terdiri daripada Bersatu, SAPP dan Star akan bertanding di 29 kerusi DUN pada PRN Sabah ke-16.
Berlaku tiga pertembungan kerusi melibatkan PN dan BN iaitu DUN Tulid, Sook dan Paginatan.
Pengumuman calon parti Bersatu Sabah
Ada pro dan kontra untuk PN dan BN tidak letakkan Musa Aman
Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya negeri (PRN) kali ini, ada pro dan kontranya yang tersendiri.
Penganalisis Politik Sabah Dr Romzi Ationg berkata, tindakan itu sudah pasti akan menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengikutnya, memandangkan Musa cukup lama berkecimpung dalam politik negeri.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
Gandingan Shafie Apdal, nama-nama besar wakili Warisan Plus
Dua bekas menteri yang juga ahli Parlimen dicalonkan bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri DUN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking dicalonkan bagi kerusi (N26) Moyog manakala Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dicalonkan bagi kerusi (N61) Segama.
Di mana bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bakal bertanding.
Salleh Said Keruak cuba nasib di Usukan, Kota Belud
Bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak terpilih antara 31 calon parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Beliau akan bertanding di kerusi lamanya di Usukan, Kota Belud selepas pengumuman oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebentar tadi.
DI SINI ADA ARTIKEL PENUH
Musa tidak memohon, kami juga tidak tawarkan jadi calon
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiada dalam senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-14.
Bung menjelaskan, Musa yang merupakan penyandang DUN Sungai Sibuga juga tidak memohon untuk menjadi calon UMNO.
KLIK UNTUK BACA
UMNO umum bertanding di 31 kerusi DUN Sabah
Datuk Seri Salleh Tun Said calon UMNO di DUN Usukan
PRN Sabah: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said diumumkan sebagai calon UMNO di DUN Usukan. #SabahMemilih #PRNSabah @501Awani
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 10, 2020
Majlis pengumuman calon jadi majlis ramah mesra BN-PN
DS @MyKinabatangan mendedahkan perkara paling sukar yang dilakukan ialah memutuskan agihan kerusi memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. #SabahMemilih #PRNSabah @501Awani pic.twitter.com/cbbe4Y7cdu
— Assim Hassan AWANI (@AshimIskandar) September 10, 2020
UMNO kemuka 31 calon untuk bertanding - Bung Moktar
UMNO mengemukakan 31 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) kali ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon-Calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Nasional (PN) pagi ini.
Majlis itu bagaimanapun ditukar kepada Majlis Ramah Mesra Pemimpin kedua-dua parti itu.
Pada majlis yang sama, Bung Moktar turut memaklumkan beliau akan bertanding sebagai calon UMNO di DUN Lamag.
Sementara bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said diumumkan sebagai calon UMNO di DUN Usukan.
Majlis pengumuman calon BN, PN jadi majlis ramah mesra
Majlis Pengumuman Calon bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sedikit tergendala pada pagi ini.
Bukan itu sahaja, acara yang sepatutnya Majlis Pengumuman Calon-Calon BN dan PN itu ditukar kepada Majlis Ramah Mesra Pemimpin kedua-dua parti.
KLIK UNTUK BACA
Pengumuman calon Warisan Plus tanpa PKR
Majlis pengumuman calon pakatan politik diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) iaitu Warisan Plus, sedikit suram apabila salah satu daripada parti gabungannya tidak dapat hadir bersama.
Ketidakhadiran penyokong PKR pada majlis itu menguatkan lagi andaian bahawa parti tersebut mahu bertanding secara berasingan.
KLIK UNTUK BACA