Di Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (S-A-B) terus cemerlang mengekalkan peratusan lulus 100 peratus.
Malah keputusan SPM 2014 menyaksikan seramai 43 pelajar mendapat gred A semua mata pelajaran.
Bagi Amirah Haziqah,satu-satunya pelajar sekolah ini yang mendapat A tambah dalam semua mata pelajaran berkata ramuan kejayaannya mudah, sentiasa fokus di dalam kelas.
Katanya ibunya, Zaiton Mohd Nor, anak tunggalnya itu merupakan seorang yang bijak mengimbangi antara dunia akademik dan ko-kurikulum.
"Saya rasa segala usaha dia sepanjang tingkatan 4 dan 5 berhasil. Memang dari mula 'aim' dia untuk dapat straight A+.
"Kini, Amirah memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, kerana impiannya untuk jadi seorang pakar kanak-kanak," kata ibunya.
Sementara bagi rakannya, Razleena Aida pula, formulanya mudah, sokongan moral daripada keluarganya menjadi asas untuk maju.
"Yang paling bagi banyak support, mak bapa di rumah. beri support everyday, suruh belajar sungguh-sungguh dapat straight A. Di sekolah kawan push gila-gila.
"Cikgu kat sekolah memang harap kitorang dapat straight A. Nak banggakan cikgu tu memang harapan pelajar. Dapat banggakan ibu bapa, rasa dia tak terkata," kata Razleena.
SPM RANGKUM
Di Melaka turut mencatat penurunan bilangan calon yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran.
343 calon memperoleh semua A berbanding 410 calon tahun lalu.
WAKIL MELAKA MOHAMAD RAFFI BACHIK SPM MELAKA
Di Melaka turut mencatat penurunan bilangan calon yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran.
343 calon memperoleh semua A berbanding 410 calon tahun lalu.
952 CALON SPM DI PULAU PINANG PEROLEH A
Sementara di Pulau Pinang, rata-rata calon berpuas hati dengan keputusan yang diterima.
Bagi mereka, segala usaha keras yang dilakukan selama ini berbaloi dengan kejayaan mencatat keputusan memberangsangkan.
952 calon daripada 21 ribu 816 yang menduduki SPM 2014 di negeri itu memperoleh A dalam semua mata pelajaran.
KOTA BHARU KELANTAN
Senario berbeza di Kelantan, pencapaian GPN negeri meningkat kepada 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.
Malah musim hujan lebat ketika peperiksaan berjalan tahun lalu tidak memberi kesan kepada pelajar di Kelantan.
Astro Awani
Tue Mar 03 2015
Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.