Lebih 1,000 'Pakej My30 Plus30' telah ditebus

Isabelle Leong
Januari 16, 2021 05:25 MYT
Kempen untuk pembelian pas perjalanan tanpa had My30 tersebut bermula 21 Disember lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mac ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penebusan pakej ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ yang dibuka di Stesen LRT KL Sentral dan Hab Bas Rapid KL Pasar Seni pada Jumaat mendapat sambutan baik dengan seramai 1,283 penumpang sudah melunaskan penebusan.
Menurut kenyataan media oleh Rapid KL pada Sabtu, orang ramai yang ingin menebus pakej berkenaan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga jam 10.30 malam dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam.
“Kaunter di Hab Bas Pasar Seni, bagaimanapun, tutup pada hari Ahad dan hari-hari cuti am manakala kaunter di KL Sentral dibuka setiap hari,” katanya.
Kempen tersebut dilancarkan sebagai sokongan kepada kempen penggalakkan pelancongan domestik yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
BACA: Prasarana optimis My30 mampu lonjak semula jumlah pengguna
Kempen untuk pembelian pas perjalanan tanpa had My30 tersebut bermula 21 Disember lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mac ini.
Pas percuma My30 itu terhad kepada 8,333 penebusan dan terhad kepada seorang pengguna dan sekali penebuasan sahaja.
Tempoh penebusan untuk pas percuma berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini atau selepas kesemua 8,333 pas percuma dilunaskan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen itu, layari laman web rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my .
#Pakej My30 Plus30 #Rapid KL #LRT KL Sentral #Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya #kemudahan awam #pengangkutan #rakyat Malaysia