CAMERON HIGHLANDS: Seramai 127,669 individu masyarakat Orang Asli di seluruh negara dikenal pasti untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau juga berkata setakat ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menerima sebanyak 39,174 borang pendaftaran daripada masyarakat Orang Asli yang bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.
Bagaimanapun beliau berkata kira-kira 25,215 individu Orang Asli telah dikenal pasti tidak bersetuju untuk menerima suntikan berkenaan.
"Ini kerana ada antara mereka yang terpengaruh dengan hasutan oleh golongan antivaksin, ada juga yang memberi alasan tertentu tidak mahu divaksin.
"Walaupun ia bukan satu tugas yang mudah untuk meyakinkan mereka, JAKOA akan terus mengadakan sesi libat urus bagi meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan dan manfaat apabila menerima vaksin memandangkan ramai yang menerima maklumat yang salah dan kurang jelas mengenai kebaikan vaksin COVID-19, " katanya.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 35 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Tiat di sini semalam.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata seramai 62,269 ketua isi rumah masyarakat Orang Asli menerima bantuan bakul makanan kerana terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara sejak 12 Mei lepas.
Sejumlah RM12 juta diperuntukkan untuk bantuan bakul makanan itu merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, sardin serta kicap dan bantuan tersebut telah disalurkan secara berperingkat sejak semalam.
"Kita menjangkakan 9 Jun ini akan selesai sepenuhnya penyerahan bantuan bakul makanan ini di seluruh perkampungan Orang Asli. Sekiranya PKP dilanjutkan lagi, kita akan menghulurkan bantuan yang sama kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 06 2021
Kerajaan menjangkakan 9 Jun ini akan selesai sepenuhnya penyerahan bantuan bakul makanan ini di seluruh perkampungan Orang Asli, kata Abdul Rahman. - Gambar fail/ Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.