KUALA LUMPUR:Seramai 17,336 orang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui portal pekerjaan nasional, MYFutureJobs sehingga 9 Feb lalu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata meskipun negara masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program perkhidmatan pekerjaan akan dilaksanakan secara dalam talian untuk penempatan pekerjaan untuk pekerja tempatan khususnya, mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui MyFutureJobs optimis dalam mempergiatkan lagi program perkhidmatan pekerjaan. Ini termasuklah 14 karnival PenjanaKerjaya, 660 sesi temu duga terbuka seluruh negara, 180 sesi temu duga dalam talian dan 200 sesi webinar pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Dilapor, MYFutureJobs adalah platform bagi KSM memantau padanan pekerjaan yang melibatkan rakyat tempatan selain memastikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia diberi keutamaan.
Permohonan pekerja asing atau pegawai dagang hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada rakyat Malaysia yang berminat memohon jawatan berkenaan.
Saravanan berkata MYFutureJobs merupakan antara inisiatif dan tekad KSM dalam menyokong usaha kerajaan melalui Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat Belanjawan 2021 iaitu 'Kesejahteraan Rakyat'.
Menurutnya, KSM selaku pengerusi bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di bawah Special Task Force Human Resource and Entrepreneurship (STF HRE) dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi membantu dan menyokong peranan MPN.
Menerusi inisiatif PenjanaKerjaya, Saravanan berkata KSM akan meningkatkan kerjasama dengan industri bagi memastikan latihan yang dilaksanakan adalah selari dengan keperluan industri.
"Strategi ini untuk mengatasi isu ketidaksepadanan dalam penawaran dan permintaan pekerjaan, meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja tempatan. Ini termasuklah kerjasama strategik bersama 35 agensi pekerjaan swasta untuk meningkatkan penempatan pekerjaan," katanya.
Beliau berkata perkara ini akan dilaksanakan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Bagi mencapai objektif tersebut, ia turut melibatkan penyertaan peneraju sektor swasta seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Regional Corridor Development Authority (RECODA), East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) dan Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Menerusi inisiatif PenjanaKerjaya, Saravanan berkata KSM akan meningkatkan kerjasama dengan industri bagi memastikan latihan yang dilaksanakan adalah selari dengan keperluan industri. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Majikan dibenar menggaji pekerja asing diberhentikan majikan lama - KSM
KSM menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.