KOTA KINABALU: Berdasarkan saringan kanser mulut yang dilaksanakan menerusi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan tahun lepas, kira-kira 17.4 peratus penghidap kanser itu didapati melibatkan penduduk Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Katanya daripada 42,771 pesakit yang disaring di Sabah, 5,420 orang didapati berisiko tinggi menghidap kanser mulut disebabkan pengambilan tembakau, sirih dan mengambil minuman beralkohol yang berlebihan.
Beliau berkata di Malaysia kebanyakan kes kanser mulut dikesan apabila ia sudah lewat, dan antara faktor penyumbang utama kepada pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan dan pengesanan awal dalam kalangan rakyat tempatan.
"Selain itu hanya kira-kira 50 peratus rakyat Malaysia menyedari bahawa pengambilan alkohol dan mengunyah sirih meningkatkan risiko untuk mendapat kanser mulut," katanya berucap merasmikan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 negeri Sabah bertemakan #JomCheckMulut secara maya hari ini.
"Justeru kerajaan negeri berharap agar lebih banyak kempen diadakan dan aktiviti turun padang ditingkatkan supaya saringan awal pengesanan kanser mulut ini dapat diperluaskan hingga ke kawasan pedalaman," katanya.
Minggu Kesedaran Kanser Mulut diadakan selama seminggu bermula 7 hingga 13 November di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Daripada 42,771 pesakit yang disaring di Sabah, 5,420 orang didapati berisiko tinggi menghidap kanser mulut disebabkan pengambilan tembakau, sirih dan mengambil minuman beralkohol yang berlebihan. - Gambar hiasan/Pexels
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Separuh penduduk dunia menghidap penyakit mulut - WHO
Penyakit mulut yang paling biasa ialah kerosakan gigi, penyakit gusi yang teruk, kehilangan gigi dan kanser mulut.
Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.
Lebih 17 peratus penghidap kanser mulut dari Sabah - Ketua Menteri
Di Malaysia, kebanyakan kes kanser mulut dikesan apabila ia sudah lewat.
Ibu hidap kanser mulut, anak buntu mengharap sinar
Mereka juga mengharapkan si ibu tabah berjuang melawan kanser mulut tahap empat yang ditanggungnya memandangkan mereka bertiga masih memerlukan kasihsayangnya.
UM anjur minggu kesedaran kanser mulut
Pusat Penyelidikan dan Penyelarasan Kanser Mulut UM sedang menganjurkan Minggu Kesedaran Kanser Mulut dari 18-23 Nov.