KUALA LUMPUR:Bayaran pertama Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2020 sebanyak RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun 202,717 pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), mulai hari ini.
Pengerusi Risda Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata kadar bantuan untuk keseluruhan 237,207 orang itu adalah RM600 seorang dan baki RM300 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima, pada Januari depan.
"Hari ini, setiap 202,717 orang iaitu 85 peratus daripada pekebun kecil yang memohon BMT 2020 akan menerima bayaran RM300. Baki permohonan iaitu bagi 34,490 orang akan disalurkan kepada mereka minggu depan untuk peringkat pertama (RM300), " katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Mohd Salim yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata BMT 2020 itu layak diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang mengusahakan keseluruhan tanah tidak melebihi 2.5 hektar.
"Bagi pekebun kecil yang masih belum atau dalam proses permohonan, Risda masih membuka peluang untuk permohonan sehingga 31 Dis 2020," katanya.
Mohd Salim berkata penerima terbanyak adalah dari Sarawak sebanyak 58,048 orang, diikuti Kelantan (49,328 orang) dan Kedah (45,297 orang).
Di samping itu, beliau juga telah meminta pegawai-pegawai Risda di peringkat daerah supaya memantau semua pekebun kecil dan penoreh getah yang layak untuk mendapatkan bantuan itu supaya tiada keciciran berlaku.
"Penyaluran BMT 2020 ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan beban pekebun kecil yang menghadapi penurunan aktiviti akibat musim tengkujuh.
"BMT juga telah memberi manfaat kepada ribuan pekebun kecil serta penoreh getah dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah yang sangat terkesan apabila mereka hilang punca pendapatan akibat musim tengkujuh yang sedang melanda kini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
Baki RM300 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima, pada Januari depan. -Gambar fail
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara palling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.
Israel nafi akses 51 peratus misi bantuan dirancang ke utara Gaza
UNRWA berkata, keterjaminan makanan di utara Gaza mencapai keadaan sangat kritikal.
Mesir bantah keputusan penarikan bantuan ke Palestin
Ia akan membawa kepada lebih banyak penderitaan bagi rakyat Palestin yang memerlukan bantuan mendesak.