KUCHING:Kira-kira 40,000 daripada 97,000 petugas barisan hadapan di Sarawak akan menerima vaksin COVID-19 bagi fasa pertama iaitu 27 Februari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing berkata, pemberian vaksin itu juga akan dibuat secara berperingkat kepada baki lebih 50,000 lagi petugas barisan hadapan bagi fasa itu.
Sebagai persediaan itu, tambah beliau, sebanyak 56 pusat pemberian vaksin dibuka di seluruh Sarawak.
"Jangkaan kita cuma dapat memberikan vaksin kepada lebih 40,000 petugas barisan hadapan memandangkan jumlah itu sahaja bekalan yang diperoleh Sarawak setakat ini.
"Bagaimanapun, kita akan dapat bekalan baharu tetapi maklumat lanjut mengenainya belum diperincikan. Apa yang penting baki petugas barisan hadapan akan dapat menerima vaksin mereka penghujung Mac," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Selain itu, Dr Chin turut mengulas mengenai fasa kedua dan ketiga pemberian vaksin COVID-19 kepada rakyat Sarawak.
Katanya, bagi fasa kedua ia melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas selain individu yang mempunyai penyakit kronik tanpa mengira umur mereka.
“Fasa dua kita bagi kepada rakyat yang berumur 60 tahun ke atas sebab mereka ini berisiko tinggi dan juga mereka yang 18 tahun ke atas dan mempunyai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sebagainya jadi mereka ini dikategori sebagai golongan berisiko tinggi.
“Fasa ketiga adalah yang lain-lain iaitu yang berumur kurang 60 tahun dan tidak berpenyakit,” ujarnya.
Fasa kedua dan ketiga dijangka bermula pada hujung Mac 2021 tertakluk kepada bekalan vaksin dan pusat vaksin juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi menampung pelaksanaannya kepada 2.2 juta rakyat Sarawak yang layak.
Fadilah Sulaiman
Mon Feb 15 2021
Katanya, bagi fasa kedua ia melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas selain individu yang mempunyai penyakit kronik tanpa mengira umur mereka. - Astro AWANI.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Lebih 40,000 petugas barisan hadapan di Sarawak terima vaksin fasa pertama
Kira-kira 40,000 daripada 97,000 petugas barisan hadapan di Sarawak akan menerima vaksin COVID-19 bagi fasa pertama iaitu 27 Februari ini.