KUALA LUMPUR:Sejumlah 50,889 atau 7.9 peratus daripada 646,094 penuntut universiti awam, politeknik dan kolej komuniti masih berada di kampus, sehingga Isnin lepas (16 November), walaupun sesi pendaftaran dan kemasukan penuntut ke pusat pengajian ditangguhkan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mansor Othman berkata, bagi penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula, seramai 113,297 pelajar masih berada di kampus masing-masing dalam tempoh yang sama.
"Walaupun sesi pendaftaran dan kemasukan pelajar baharu atau sedia ada secara bersemuka ke kampus yang dirancang pelaksanaannya pada Oktober lepas ditangguhkan, kementerian tetap peka dan prihatin dalam memberi pertimbangan khas kepada pelajar yang mempunyai keperluan bagi terus kekal berada di dalam kampus.
"Antara yang diberikan pertimbangan adalah pelajar yang memerlukan kemudahan teknikal seperti fasiliti makmal di kampus, memerlukan persekitaran kondusif atau mempunyai masalah capaian internet bagi meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang ingin tahu jumlah sebenar penuntut IPTA dan IPTS yang masih berada di kampus selepas pengumuman penangguhan kemasukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menjawab soalan tambahan Azizah mengenai usaha kementerian bagi memastikan penuntut yang berada di rumah tidak ketinggalan dengan proses pembelajaran dan pengajaran, Mansor berkata kerajaan telah memastikan 871 lokasi kemudahan pusat internet di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digunakan bagi tujuan itu.
Selain itu, katanya kerajaan turut menyediakan bantuan pelan data capaian internet kepada penuntut universiti awam daripada keluarga B40, bantuan pendidikan peranti serta pemberian bantuan tunai sebanyak RM50 kepada semua penuntut baharu sesi 2020/2021. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020
Dr Mansor Othman berkata, bagi penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) pula, seramai 113,297 pelajar masih berada di kampus masing-masing dalam tempoh yang sama. - Gambar Bernama
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat
Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
3,000 pelajar di Parlimen Bandar Tun Razak terima sumbangan 'Back To School'
Sejumlah 3,000 pelajar dari 29 sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan persediaan persekolahan menerusi program 'Back To School'.
4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR
Sejumlah 4,274 murid sekolah dan pelajar IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR.
Sarjan disyaki rogol pelajar dibebaskan dengan jaminan polis
Kertas siasatan kes terbabit sudah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rabu lalu.
Didakwa rogol pelajar Tingkatan Empat, anggota polis ditahan
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Ujian kesihatan mental di sekolah Korea Selatan kesan pelajar berisiko
Kementerian itu berkata "mind EASY test" akan dijalankan dalam talian supaya ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
Pelajar terjejas banjir di Kelantan dibenarkan berpakaian biasa esok - JPN
Pengarah JPN Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata kelonggaran itu diberikan hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan semula.
'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.