Sebanyak 7,084,726 permohonan bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 diluluskan sehingga 31 Mac lalu dengan jumlah peruntukan RM6.12 bilion.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, ia merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, dan bantuan RM900 kepada 324,973 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 dan RM4,000.
Ia turut melibatkan bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan dan penghantaran dokumen sokongan boleh dibuat mulai 2 April hingga 31 Mei di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat, kata kenyataan itu.
Pemohon juga boleh menghantar permohonan secara pos ke Peti Surat BR1M, GPO Shah Alam bersama dokumen sokongan berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.
Pertanyaan boleh diajukan di talian bebas tol 1800-88-2716 atau menghantar e-mel kepada [email protected]
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 05 2018
Bagi pemohon yang gagal, rayuan dan penghantaran dokumen sokongan boleh dibuat mulai 2 April hingga 31 Mei. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Poster pemberian bantuan kepada rakyat palsu - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, poster yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan pemberian bantuan kepada rakyat adalah berita palsu.
PRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik - Rais
Sebarang bantuan untuk rakyat haruslah bebas daripada lambang parti politik kerana ia satu bentuk sogokan dan pengaruh undi kepada parti tertentu.
Masih ada ruang fiskal untuk terus bantu rakyat - PM
Kerajaan masih mempunyai ruang fiskal walaupun terhad bagi membiayai pakej rangsangan ekonomi untuk terus membantu rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PEMULIH: RM18 juta sebagai tambahan perkhidmatan bank bergerak
Ia merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
PKP: BKSS 6.0 bernilai RM1.4 bilion dilancar Kerajaan Sarawak demi rakyat
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ia merangkumi 15 langkah yang telah diputuskan kerajaan negeri dengan perbelanjaan RM1.4 bilion.
MBS bantu kerajaan hulur sumbangan, tiada yang tercicir
Lebih 35,000 ketua keluarga menerima manfaat daripada Program Dapur Belia Sabah yang diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah (MBS) sepanjang pandemik COVID-19.
Sarawak umum pakej BKSS 3.0 bantu ekonomi rakyat
Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 dengan dana tambahan RM290 juta bagi membantu rakyat di negeri itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
COVID-19: Sabah umum pakej rangsangan ekonomi esok
Kerajaan Sabah akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi esok bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19 di negeri ini.
Pas minta kerajaan terus bantu rakyat berkonsep BR1M
Bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah atau miskin wajar diteruskan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.
Kenyataan Mokhzani tentang penerima BR1M bersifat angkuh - Vell Paari
Datuk Seri S. Vell Paari menyifatkan kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir tentang penerima BR1M sebagai tidak bertanggungjawab dan angkuh.