Lebih 8,000 pekerja asing jalani saringan, ini tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Mac 3, 2021 11:54 MYT
Menurut Ismail Sabri, seramai 8,824 pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan daripada jumlah itu, 36 didapati positif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 305 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, pada Selasa.
Berikut merupakan tumpuan dalam kenyataan media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu.
1. Daripada 305 yang ditahan itu, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.
2. Antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (100), tidak memakai pelitup muka (80), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (48) dan tiada penjarakan fizikal (40).
3. Op BENTENG menahan 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat.
4. Sementara itu, seramai 8,824 pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan daripada jumlah itu, 36 didapati positif.
5. Sehingga kini, 559,619 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan, dengan 8,842 disahkan positif COVID-19.
#ismail sabri yaakob #COVID-19 #ujian saringan #warga asing #SOP #Kenyataan Media