KUCHING: Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuching di sini pada Khamis atas kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Chong Chin Fah, 32, pada 5 Julai lalu, ditahan sekitar pukul 6.05 petang oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di Terminal Bas Kuching Sentral ketika menuntut kiriman bungkusan yang dihantar dari Miri.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi 48 paket yang bercetak Juice Master mengandungi serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi MDMA yang telah dicampur dengan serbuk jus seberat 2.343 kilogram dengan anggaran nilai RM140,580.
Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM889 dan sebuah kenderaan Toyota Vios yang dianggarkan bernilai RM25,000.
Pada prosiding tersebut, Zaiton menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan kimia.
Pendakwaan telah dilakukan Pegawai Pendakwaraya JKDM Sarawak, Masdi Umar manakala tertuduh diwakili peguam, Benedict Khu.
Shafik Ahmad
Thu Jul 15 2021
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000
Kesemua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah jenis syabu itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.
Sepasang kekasih, seorang lelaki didakwa edar dadah bernilai RM1.445 juta
Tiga individu termasuk sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah bernilai RM1.445 juta.
Pelombong Bitcoin bebas tuduhan edar, miliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang pelombong mata wang kripto Bitcoin daripada lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lepas.
Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah
Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih lima kilogram dadah jenis heroin bulan lepas.
Edar dadah: Nelayan terlepas hukuman gantung
Seorang nelayan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan lelaki itu atas pertuduhan mengedar methamphetamine.
Lelaki didakwa edar lebih 111kg kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 111 kilogram (kg) dadah jenis.
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun
Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
Edar dadah: Isteri dibebas dan dilepas, suami diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan seorang ahli perniagaan membela diri manakala membebas dan melepaskan isteri lelaki itu atas pertuduhan mengedar dadah.
Bekas Presiden Honduras dihukum penjara 45 tahun atas tuduhan mengedar dadah
Hernandez dituduh bersubahat dengan kartel dadah semasa memegang jawatan ketika mereka memindahkan lebih 400 tan kokain melalui Honduras ke AS.