Seorang kakitangan awam mendakwa diperdayakan untuk membayar RM40,100 bagi sebuah komputer riba yang dibeli di laman sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 29 tahun mendakwa komputer riba itu ditawarkan pada harga RM1,800 semasa dia melayari laman sosial itu pada 25 Feb lepas.
"Mangsa mendakwa tertarik dengan harga itu lalu menghubungi penjualnya menerusi WhatsApp dan telah membuat bayaran pada hari yang sama.
"Bagaimanapun, dia mendakwa pihak penjual meminta dia membuat lapan lagi transaksi pembayaran kononnya bagi kos insurans, penghantaran dan pelepasan cukai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya menyedari telah membuat bayaran melebihi harga asal menyebabkan dia membuat laporan di Balai Polis Gambang di sini, semalam.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Dalam kes berasingan, seorang kakitangan hospital berusia 32 tahun mendakwa kerugian RM50,000 selepas diperdayakan sindiket Macau Scam menerusi panggilan telefon pada pertengahan bulan ini.
Mangsa dihubungi seorang wanita yang mendakwa dia adalah pegawai Mahkamah Majistret Kuantan, kononnya mahu mendapatkan pengesahan ketidakhadiran mangsa ke mahkamah bagi perbicaraan tunggakan kad kredit.
"Suspek menakut-nakutkan mangsa dengan mengatakan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap dan apabila panggilan disambungkan ke suspek lelaki yang menyamar sebagai polis, mangsa diberitahu namanya mempunyai rekod jenayah lampau.
"Mangsa diarahkan untuk membuka akaun baharu di sebuah bank dan perlu memindahkan simpanannya ke dalam akaun tersebut kononnya bagi tujuan siasatan serta berkongsi maklumat perbankan online itu kepada suspek," katanya.
Mohd Wazir berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila membuat semakan baki petang semalam, dan mendapati wang simpanannya telah dipindahkan tanpa pengetahuannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020
Mangsa yang berusia 29 tahun mendakwa komputer riba itu ditawarkan pada harga RM1,800 semasa dia melayari laman sosial itu pada 25 Feb lepas. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.