GOMBAK: Seorang lelaki diikat tangannya selepas didakwa mengganggu remaja perempuan dalam kejadian di Gombak pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, abang gadis berkenaan bertindak mengikat lelaki berusia 21 tahun itu selepas tidak berpuas hati suspek mengganggu adiknya.
Menurutnya, bapa kepada remaja perempuan bagaimanapun tidak mahu membuat laporan polis susulan kejadian itu kerana mengenali suspek dan keluarga pelaku.
"Kedua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham tersebut secara baik," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas video tular berdurasi 13 saat memaparkan lelaki itu sedang duduk dan tangan diikat ke belakang di tepi sebuah kereta peronda polis.
Beliau menafikan dakwaan video yang tular itu adalah kes peragut ditangkap.
"Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes ragut di kawasan berkenaan pada masa itu.
"Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, " katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 18 2022
Lelaki diikat tangan seperti tular di media sosial baru-baru ini. -Foto Sinar Harian
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Lelaki diikat selepas ganggu remaja perempuan
Abang gadis berkenaan bertindak mengikat lelaki berusia 21 tahun itu selepas tidak berpuas hati suspek mengganggu adiknya.