KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk pemandu sebuah kereta mewah jenis McLaren yang diparkir di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Gelang Off Jalan Sungai Besi di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan kejadian tersebut pada jam 6.42 petang.
"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati satu mayat lelaki warga tempatan berusia 28 tahun beralamat di Klang, Selangor.
"Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang ke tempat kejadian mengesahkan tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Noor Dellhan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sementara siasatan dijalankan.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada jam 6.03 petang.
Sebuah jentera bersama pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pudu yang dikerahkan ke lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta tersebut yang berada dalam keadaan berkunci.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 30 2022
Seorang lelaki ditemui mati di tempat duduk pemandu sebuah kereta mewah jenis McLaren. -Foto Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
'Tak guna atas jalan pun' - Opai jelas nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin
Opai jelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat 'QPA1' itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.
Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati satu mayat lelaki warga tempatan berusia 28 tahun beralamat di Klang, Selangor.
COVID-19: McLaren sahkan semua ahli pasukan F1 telah pulang
Skuad Formula Satu (F1) telah menarik diri daripada saingan di pembuka musim di Melbourne selepas salah seorang ahli pasukan diuji positif koronavirus.
COVID-19: McLaren tarik diri, LaLiga tangguh perlawanan
Perkara itu disahkan pada Khamis apabila seorang anggota kakitangan pasukan berkenaan telah diasingkan selepas "menunjukkan simptom serupa dengan koronavirus."
Brown harap Alonso tidak tinggalkan McLaren
Alonso memberikan komitmen dalam saingan Kejuaraan Ketahanan Dunia sebelum kembali bersama Formula Satu.
Formula One: Hamilton menang di Hungary, ungguli tempat teratas keseluruhan
Hamilton mengatasi Rosberg pada permulaan perlumbaan dan menguasai 70 pusingan seterusnya di Litar Hungaroring.
Kemalangan Alonso cemari kemenangan Mercedes
Nico Rosberg berjaya menidakkan saingan rakan sepasukan yang juga juara bertahan, Lewis Hamilton dalam perlumbaan pusingan pertama saingan musim ini di Melbourne Park.
Sepasang 570S Coupe hasil MSO akan ke Pebble Beach
Model 570S Coupe daripada ‘Sports Series’ akan diberikan keunikan tambahan hasil ‘McLaren Special Operations’
McLaren 540C Coupe janjikan prestasi terbaik
Model paling mampu milik oleh pengeluar ini, dari £126,000. Ermm, mahal la juga
McLaren P1 GTR – gambar tambahan muncul
Keretanya masih di dalam pembangunan, tetapi program pemandu McLaren P1 GTR sudah cukup untuk menjerat minat seorang drebar sejati