KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang lelaki tempatan disyaki menggunting Jalur Gemilang berdekatan sebuah premis di Jalan Ampang semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata penahanan lelaki berusia 41 tahun itu susulan pihaknya menerima satu laporan polis berkenaan kejadian suspek dipercayai merosakkan Jalur Gemilang sepertimana dalam klip video yang tular di laman media sosial tiktok @iekakartka_.
Beliau berkata siasatan awal dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku berdekatan bangunan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, lebih kurang 12.37 tengah hari, semalam.
"Individu yang terlibat ditahan kira-kira 12.30 tengah hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan individu tersebut akan direman esok bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati orang ramai agar menyalurkan maklumat serta merta ke atas sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat dalam aplikasi Tik Tok memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki dipercayai di hadapan MATIC di Jalan Ampang di sini.
Menurut pemilik akaun Tik Tok berkenaan, dia telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan selain khuatir akan keselamatan diri ekoran pelaku memegang gunting.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki bertindak menggunting deretan Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). - Ihsan media sosial
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita Vietnam didakwa serang polis guna gunting
Tertuduh didakwa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan mengacukan gunting terhadap Inspektor Mohd Shahrol Firrdaus Senawi.
Lelaki gunting jalur gemilang ditahan polis
Polis hari ini menahan seorang lelaki tempatan disyaki menggunting Jalur Gemilang berdekatan sebuah premis di Jalan Ampang semalam.
Khayal akibat dadah, kemaluan penganggur dicederakan rakan wanita
Lelaki berusia 47 tahun berkenaan hanya menyedari kecederaan itu selepas tersedar jam 7.55 pagi Jumaat.
Gunting rambut di kedai, rumah masih dilarang - Ismail Sabri
Kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.
Warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Tertuduh, Soo Weng Lai, 32 tahun, didakwa membunuh Phyoe Phyoe kira-kira jam 6.30 petang 2 September lalu di rumah No 9A Tingkat 1, Laluan Sri Pengkalan, Batu Gajah.
Lelaki bersenjatakan gunting tiba-tiba 'naik hantu'
Polis menahan seorang lelaki bersenjatakan gunting yang mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak di luar kawalan dalam kejadian di sebuah flat di Bukit Gedung, Bayan Baru pada Sabtu.
Pengantin dirogol lelaki bertopeng, berseluar dalam di Dungun
Mangsa yang baharu beberapa bulan mendirikan rumah tangga tidur bersendirian kerana rakan serumahnya tiada.