KUALA LUMPUR: Seorang pekerja penyelenggara elektrik di sebuah pusat jagaan kanak-kanak didakwa di dua Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan tinggal lebih masa di negara ini.
Zainal Abidin, 27, seorang warga Indonesia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan masing-masing di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top dan Normaizan Rahim.
Di hadapan Amalina Basirah lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan Sri Kemuning, Lembah Jaya Selatan di sini pada 4 petang, 22 Okt lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani yang mengendalikan kes itu tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Sementara itu di hadapan Normaizan, Zainal didakwa tinggal lebih masa selama tempoh lima bulan 26 hari di negara ini, di tempat sama pada 5.05 petang, 26 Okt lepas, mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin yang mewakili pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.
Bagaimanapun, kedua-dua Timbalan Pendakwa Raya memohon jika mahkamah menggunakan budi bicara memberikan jaminan, pihak pendakwaan memohon tertuduh dikenakan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Wan Nur Afifah Che Bakar, mewakili Zainal memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga serta mempunyai seorang isteri dan dua anak masing-masing berumur sembilan bulan serta lima tahun.
"Anak guam saya bekerja sebagai penyelenggara di pusat jagaan itu dengan pendapatan RM1,600 sebulan. Dia juga mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Oleh itu, mohon jaminan paling minimum dan munasabah terhadap anak guam saya," kata peguam itu.
Amalina Basirah dan Normaizan masing-masing membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan selain tertuduh dilarang mendekati mangsa dan saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Kedua-dua mahkamah itu menetapkan 9 Jan 2024 untuk sebutan bagi kedua-dua kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan masing-masing di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top dan Normaizan Rahim. - Gambar hiasan
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
Lelaki Rohingya didakwa tikam teman wanita sehingga parah
Fozi Alam Mohammad Alam, 43, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.
Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas
Polis menahan seorang tukang cuci tandas warga Indonesia yang disyaki merakam seorang wanita dalam tandas kedai menjual biskut, di Lorong Hang Jebat, di sini, pada Ahad lalu.
Dua keldai dadah warga Indonesia ditahan di LTAPP
Polis menahan dua lelaki warga Indonesia ketika cuba menyeludup keluar syabu dan pil ekstasi bernilai RM64,700 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Isnin lepas.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.