SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak semasa dia hendak masuk ke dalam kenderaannya, di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, hari ini.
Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan S.Murali, 36, yang ditembak dari jarak kurang daripada satu meter, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan badan.
Beliau berkata sebelum kejadian, lelaki itu bersama rakan, isteri dan seorang kanak-kanak dipercayai anak angkatnya datang ke sebuah restoran berkenaan dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membeli makanan.
"Ketika hendak masuk semula ke dalam kenderaannya, dua motosikal yang dinaiki empat suspek yang memakai jaket dan topi keledar muka penuh, telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Hassan berkata lapan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian setakat ini dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran serta mencari saksi bagi membantu siasatan.
"Motif kejadian masih belum diketahui," katanya dan menambah lelaki yang ditembak itu dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap, gangsterism dan pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan S.Murali, 36, yang ditembak dari jarak kurang daripada satu meter, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan badan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran
Seorang lelaki maut ditembak semasa dia hendak masuk ke dalam kenderaannya, di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, hari ini.