ALOR SETAR: Seorang lelaki mengerang kesakitan apabila cincin tersangkut pada kemaluannya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Alor Setar, pada Rabu.

Lelaki berusia 29 tahun itu terpaksa memandu kereta dalam keadaan menahan kesakitan untuk ke hospital selepas cincin perak yang disarungkan itu gagal dikeluarkannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.45 tengah malam.

“Anggota tiba terpaksa menenangkan lelaki itu terlebih dahulu sebelum cincin itu berjaya dipotong dengan menggunakan alat pemotong khas.

“Sebaik selesai, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.