Tindakan seorang lelaki yang melanggar larangan rentas negeri atas alasan mahu menziarahi bapanya yang menghidap penyakit kencing manis di kampung, mengundang padah apabila dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.
Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata pada 10.30 malam Rabu, anggota yang menjalankan tugas Ops COVID-19 telah diarahkan ke sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut dekat Yan, kerana disyaki berlaku aktiviti rentas sempadan negeri tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.
"Hasil siasatan mendapati lelaki yang berumur 37 tahun itu telah pulang ke kampung, kononnya untuk melawat bapanya yang menghidap penyakit kencing manis, sejak empat hari lepas dari alamat semasa tempat dia bekerja iaitu di Melaka.
"Lelaki berkenaan juga gagal untuk menunjukkan sebarang dokumen atau surat sokongan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta alasan munasabah untuk merentas sempadan negeri," katanya di sini pada Khamis.
Shahnaz berkata lelaki berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut dan mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bertulis untuk melakukan rentas sempadan negeri.
"Lelaki berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan perlu dibayar dalam tempoh dua minggu. Kes disiasat mengikut Peraturan 6(3) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020
Shahnaz berkata lelaki berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut. Gambar hiasan
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nabila Razali seronok beraya di Kelantan, suka disapa Mek Nab
Comel pula nama panggilan Mek Nab!
Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.
Aidilfitri: Tempahan hotel kucing penuh sejak Januari
Tempahan hotel untuk kucing peliharaan mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Jutaan penduduk Jakarta mula mudik ke kampung halaman untuk Aidilfitri
Dianggarkan sekitar 193 juta penduduk bergerak menuju ke destinasi masing-masing susulan cuti perayaan yang panjang tahun ini.
Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya
Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli
Pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihat agar gunakan laluan itu bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan.
Aliran trafik di PLUS mulai meningkat menjelang Tahun Baharu Cina esok
Trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang.