Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan menyamun mangsa dengan menggunakan pisau, di Jalan Mahang, Kulim di Kedah, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menahan lelaki berumur 20-an itu yang aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar daerah SPT itu.
"Berdasarkan siasatan, lelaki itu dan rakannya terlibat dalam kegiatan samun di sekitar daerah SPT sejak beberapa bulan lepas dan terbaru di Taman Nirwana, Machang Bubok di sini pada 10 Sept lepas.
"Dalam kejadian pukul 10 malam itu, suspek mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit sebelum mereka melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan, lelaki itu mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah dan usaha mengesan rakannya berumur lingkungan 20-an giat dijalankan.
Nik Ros Azhan berkata lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, beliau berkata polis menahan dua lelaki berumur 29 dan 33 tahun kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal di daerah tersebut di Permatang Rawa serta Seberang Jaya di sini pada Khamis.
"Susulan penahanan dua lelaki itu, polis merampas dua buah motosikal jenis Honda EX-5 yang dilaporkan hilang sebelum ini dan pelbagai komponen kenderaan itu yang telah dileraikan," katanya.
Beliau berkata modus operandi mereka adalah mencuri motosikal di kawasan pusat beli belah sebelum menjual kepada pembeli atau kenderaan itu dileraikan dan komponennya dijual.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2017
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan menyamun mangsa dengan menggunakan pisau.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Lelaki samun guna pisau ditahan polis
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan menyamun mangsa dengan menggunakan pisau, di Jalan Mahang, Kulim di Kedah, semalam.