TAWAU: Seorang lelaki berumur 31 tahun terselamat apabila kenderaan yang dipandunya terbakar di kilometer 36 Jalan Semporna-Tawau ketika dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna malam semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edeon Micheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 berkaitan kejadian itu pada jam 8.12 malam.
"Tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera FRT dan van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 36 kilometer.
"Pihak bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran pancutan menggunakan sumber air dari jentera dan api dapat dikawal pada jam 9.25 malam dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 9.40 malam," katanya.
Kenderaan jenis Perodua Axia itu terbakar 100 peratus, manakala pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.
Petrus Bernard
Wed Jan 26 2022
Tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera FRT dan van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian. - Astro AWANI
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.
Tujuh premis, kereta terbakar
Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan empat kediaman itu juga tidak berpenghuni.
Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.
Kedai, empat kenderaan musnah dijilat api
Sebuah kedai menjual peralatan dapur dan elektrik serta empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Seri Duyong 2 di sini awal pagi tadi.
Warga emas rentung, tiga melecur dalam kebakaran kereta
Menurut bomba, kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang musnah terbakar 98 peratus.
Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.
Dua wanita nyaris rentung, kereta dinaiki terbakar
Kedua-dua wanita itu nekad lompat keluar dari kenderaan selepas menyedari bau hangit dari enjin kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka.
Polis buru suspek baling 'molotov cocktail', bakar kereta Ahli Parlimen Beruas
Polis sedang mengesan individu yang terbabit dalam insiden kebakaran kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di kediamannya di Ayer Tawar, Manjung awal pagi tadi.
Tiga kereta Proton musnah dalam kebakaran awal pagi
Menurut bomba, dua Proton Wira terbakar 30 peratus manakala sebuah Proton Putra terbakar kira-kira dua peratus.
Lelaki Orang Asli ditemui rentung dalam kereta terbakar
Seorang lelaki Orang Asli berusia 50 tahun ditemui rentung dalam kejadian kebakaran sebuah kereta di Tapah, malam tadi.