Lelaki warga asing gesel kemaluan pada kanak-kanak dicekup

Sinar Harian
Mac 8, 2024 09:33 MYT
Suspek yang mengalami luka pada bahagian muka ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Bukit Jambul di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek dikatakan menggeselkan kemaluannya pada punggung kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sedang beratur di kaunter pembayaran bersama ibunya.
"Selepas menyedari tindakan suspek itu, ibu mangsa memarahi suspek menyebabkan suspek melarikan diri ke kawasan belakang pasar raya berkenaan.
"Suspek kemudiannya dipukul oleh sekumpulan lelaki sebelum ditangkap polis beberapa jam selepas kejadian berkenaan," katanya ditemui di sini pada Jumaat.
Beliau menambah, suspek mengalami luka kecil di bahagian muka akibat dipukul.
"Suspek yang berusia 40-an direman tiga hari untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#warga asing #gesel kemaluan #kanak-kanak perempuan #bukit jambul