SHAH ALAM: Seorang lelaki warganegara Indonesia dikhuatiri hilang di laut selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat dilambung ombak kira-kira 13.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor, pada Rabu lepas (6 Okt).
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata pihaknya yang menerima laporan kejadian itu semalam, menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dikenali sebagai Sutri, 21.
"Mangsa bersama tekong dan seorang lagi kru bot jatuh ke laut apabila bot yang dinaiki dilambung ombak sebelum terbalik di lokasi kejadian, tekong dan kru bot tersebut berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa masih gagal ditemukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosli berkata operasi bagi hari kedua yang dikoordinasikan Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru disambung pada 7 pagi tadi membabitkan bot Maritim Pengawal 26 dan aset udara Maritim dengan dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Operasi hari ini meliputi keluasan 143.4 batu nautika persegi dengan tumpuan di kawasan perairan Kuala Selangor. Cuaca di lokasi cerah dengan kelajuan angin sekitar 10 hingga 20 kilometer sejam," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan Pengkalan Hadapan Carilamat di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor.
Pihak Maritim Malaysia juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
Operasi hari kedua disambung pada 7 pagi ini membabitkan bot Maritim Pengawal 26 dan aset udara Maritim dengan dibantu Pasukan Polis Marin serta Tentera Laut Diraja Malaysia. - BERNAMA
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus
10 PATI warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
Pemilu 2024: Undi awal di WTCKL sedikit kecoh
Di sebalik semangat rakyat Indonesia untuk menjalankan tanggungjawab bagi Pemilu dan Pilpres, keadaan di WTCKL dilihat kecoh.
Lelaki Indonesia dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai
Ketua Polis Daerah Kuantan berkata, mangsa dikenali sebagai Suprianto, berasal dari Bojonegoro, didakwa turun ke sungai sekitar 4 petang.
Warga Indonesia bunuh anak, gagal ganti hukuman mati kepada penjara seumur hidup
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.
21 individu termasuk 10 wanita ditahan dalam Op Dadu di Kuantan
Polis menahan 21 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah Kuantan semalam.
Pengasuh mengaku salah sembunyikan kelahiran bayi ditemui maut
Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas kesalahan menyembunyikan kelahiran di Kangar pada bulan lalu.
Lelaki maut terjun tingkat 17 lepas tikam isteri - Polis
Ketika pergaduhan berlaku, beliau berkata suspek lelaki berusia 44 tahun bertindak menikam isterinya, 37, di bahagian dada.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.