KUALA LUMPUR: Akibat panik dan bimbang ditahan, seorang warga Indonesia nekad meninggalkan isterinya untuk melarikan diri semasa pemeriksaan kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jalan Duta, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, lelaki berusia 30 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Vario bertindak melarikan diri selepas diminta mengemukakan lesen motosikal dan dokumen pengenalan diri oleh pihak penguat kuasa ketika Op Bersepadu.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli berkata lelaki terbabit diminta memberhentikan motosikal ditunggang bersama isterinya sebelum dia berpura-pura membuat panggilan telefon.
Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri sejauh 200 meter menghala ke tengah lebuh raya sebelum berjaya ditahan beberapa anggota penguat kuasa.
"Semakan lanjut mendapati pasangan suami isteri itu berasal dari Surabaya, Indonesia dan masing-masing tidak mempunyai dokumen sah. Mereka sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Segambut," katanya dalam sidang media di sini.
JPJ-OPERASI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Aedy Fadly berkata 318 notis kesalahan dikeluarkan dalam operasi bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
"Daripada jumlah itu, 158 kes melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor diikuti nombor pendaftaran kenderaan sebanyak 73 kes; cermin gelap (66); sembilan kesalahan teknikal; tujuh kesalahan lampu HID; dan cermin sisi sebanyak lima kes," katanya.
Pemeriksaan lain turut dijalankan agensi terlibat termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengenal pasti pendatang tanpa izin yang menetap lebih masa, penyalahgunaan pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri, penyalahgunaan dadah serta penguatkuasaan Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003.
Operasi Bersepadu berkenaan melibatkan 129 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Anggota JPJ membantu anggota Jabatan Imigresen Malaysia menahan pendatang asing tanpa izin yang cuba melarikan diri. - Foto BERNAMA
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan
Difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti Pas, dari segi kerjasama politik.
Jangan ambil mudah kanser hidung - Pakar
Ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.
Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh kerusi bayi
Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.
JKM cari waris kanak-kanak lelaki
Kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.
Lelaki dilaporkan hilang di Hutan Gunung Senyum
BBP Jengka memaklumkan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pemanggil yang melaporkan kejadian lelaki hilang itu.
Indonesia kesan kes pertama cacar monyet
Lelaki itu berada dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan serta sedang menjalani kuarantin di rumah.
Kerajaan kaji perluas SKSSR kepada 'suri rumah lelaki' - Saravanan
Saravanan berkata, kerajaan bagaimanapun perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.
Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan
Pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.
Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip
Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya , sini, petang ini.