Daerah Petaling dan Lembah Klang tersenarai antara kawasan gelombang panas hari ini.

Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sehingga jam 8.15 pagi Selasa, 10 kawasan berada pada tahap 1 gelombang haba, iaitu suhu maksimun harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

Selain daerah Petaling, Kepong turut tersenarai dalam kategori sama.
sehingga jam 8.15 pagi Selasa, 10 kawasan berada pada tahap 1 gelombang haba, iaitu suhu maksimun harian antara 35 hingga 37 darjah celcius.



Lapan lagi kawasan lain yang turut merasai bahang yang sama adalah, Chuping (Perlis); Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak) serta Tangkak, Johor.

Pada Isnin, MetMalaysia menjangkakan suhu di beberapa kawasan di negara ini akan terus meningkat pada bulan Mac nanti.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Jailan Simon berkata ini kerana di antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menjangkakan akan berlaku suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

BACA: Cuaca panas sehingga pertengahan April - MetMalaysia

BACA: Tanda-tanda awal strok haba