PUTRAJAYA: Lesen pengendali dua syarikat bas ekspres yang terlibat dalam insiden kemalangan pada 12 dan 13 Mei lepas, S.V Juta Sdn Bhd dan Syarikat Kejora Masyhur Sdn Bhd, digantung berkuat kuasa 12 Jun ini, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
MOT dalam kenyataan hari ini berkata penggantungan lesen pengendali itu dibuat Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) selepas siasatan dijalankan terhadap insiden kemalangan membabitkan bas ekspres syarikat itu.
S.V Juta digantung lesen pengendali selama 58 hari atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], kesalahan berulang dan pemanduan secara berbahaya.
Kejora Masyhur pula digantung selama 37 hari atas kesalahan gagal mematuhi syarat lesen iaitu keperluan keselamatan seperti yang tersenarai di bawah Pemeriksaan dan Audit Keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Sepanjang tempoh penggantungan, sebarang transaksi berhubung dengan lesen pengendali bagi kedua-dua syarikat tidak akan dibenarkan," menurut kenyataan itu.
Pada 12 Mei lepas, bas ekspres Starmart Express di bawah syarikat S.V Juta berlanggar dengan 12 kenderaan lain di Kilometer 256.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), manakala pada 13 Mei pula bas ekspres TRA Xpress di bawah syarikat Kejora Masyhur berlanggar dengan dua lori di Kilometer 257.8 Plus arah selatan.
MOT berkata hasil siasatan APAD juga mendapati kedua-dua syarikat tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan, manakala semakan dengan agensi berkaitan mendapati kedua-dua syarikat itu mempunyai rekod saman lampau yang tinggi.
"Tindakan yang dikenakan ke atas kedua syarikat pengendali ini diharap menjadi pengajaran dan peringatan kepada lain-lain pengendali untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa beroperasi terutama perkara yang melibatkan hal-hal keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Penggantungan lesen pengendali itu dibuat APAD melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) selepas siasatan dijalankan terhadap insiden kemalangan membabitkan bas ekspres syarikat itu. -Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Sedia pemandu kedua jika perjalanan lebih 300km - JPJ
Pemeriksaan JPJ mendapati masih banyak pengusaha bas yang gagal kemukakan pemandu kedua meskipun ia syarat yang wajib dipatuhi.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.
JPJ laksana 3 operasi khas sempena musim perayaan - Lokman
JPJ akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu.
7,473 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari pertama Ops Khas HRA 2024
Sebanyak 7,473 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dikeluarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.