PUTRAJAYA: Lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd hari ini berjaya dalam rayuan mereka untuk menghidupkan semula tuntutan balas terhadap syarikat itu dan 10 lagi berhubung kerugian yang didakwa dialami membabitkan pemerolehan Asia Plantation Ltd (APP) pada 2014.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim, dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati terdapat isu perundangan yang memerlukan perbincangan serius dan perlu dibicarakan serta diputuskan yang dibangkitkan oleh peguam kelima-lima bekas pengarah.
"Kami berpandangan bahawa kes ini tidak wajar dibatalkan pada peringkat ini. Oleh itu, kami membenarkan rayuan dan mengenepikan keputusan hakim yang bijaksana dengan kos RM10,000," kata beliau yang menyampaikan keputusan itu dalam prosiding secara maya hari ini.
Turut bersidang Datuk Supang Lian dan Datuk Ghazali Cha.
Kelima-lima individu mengemukaan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Nov 2019 yang membenarkan permohonan FGV dan 10 lagi untuk membatalkan tuntutan balas mereka yang merupakan plaintif dalam kes itu.
Panel itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah peguam Fahda Nur Ahmad Kamar, yang mewakili kelima-lima perayu dan peguam Andrew Chiew, bagi pihak responden.
Kelima-lima individu ialah Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Tan Sri Sulaiman Mahbob, Datuk Nozirah Bahari dan Datuk Fazlur Rahman Ebrahim. Mereka memfailkan tuntutan balas itu pada 11 Feb 2019.
Selain FGV Holdings Bhd, 10 individu yang dinamakan sebagai responden ialah Datuk Azhar Abdul Hamid, Mohd Hassan Ahmad, Datuk Dr Othman Omar, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Datin Hoi Lai Peng, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, Dr Nesadurai Kalanithi, Datuk Mohd Anwar Yahya dan Datuk Mohamed Suffian Awang.
Pada 23 Nov 2018, FGV menyaman bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah serta 13 lagi menuntut RM514 juta dan ganti rugi lain. Bagaimanapun, kelima-lima bekas pengarah bukan eksekutif terbabit memfailkan tuntutan balas terhadap FGV dan 10 lagi.
Empat defendan yang dinamakan ialah Pengerusi FGV ketika itu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha, bekas Naib Presiden (Pembangunan Perniagaan Kluster Hiliran) Farisan Mokhtar dan bekas Pengurus Besar Kanan (Kluster Hiliran) Rasydan Alias Mohamed.
Sembilan lagi ialah bekas Pengarah Bukan Eksekutif iaitu Ismee, Wan Abdul Aziz, Tan Sri Sulaiman Mahbob, Datuk Omar Salim, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk Yahaya Abd Jabar, Datuk Faizoull Ahmad, Nozirah dan Fazlur Rahman.
Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia, saman terbabit adalah mengenai pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat sukarela pada 2014
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Panel itu membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah Fahda, yang mewakili kelima-lima perayu dan peguam Andrew Chiew, bagi pihak responden. - BERNAMA
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu
FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
Perniagaan perladangan FGV akan bertambah baik tahun ini - CEO
FGV Holdings Bhd melihat operasi sektor perladangannya akan terus bertambah baik tahun ini.
'Hanya tumpu kenaikan elaun pengerusi, lembaga pengarah?' - Anwar persoal AGM FGV Holdings
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu.
Lima bekas Pengarah FGV Holdings berjaya hidupkan semula tuntutan balas
Lima bekas pengarah bukan eksekutif FGV Holdings Bhd berjaya dalam rayuan mereka untuk menghidupkan semula tuntutan balas terhadap syarikat itu membabitkan pemerolehan Asia Plantation Ltd (APP).
Tarikh akhir penerimaan pengambilalihan FGV dilanjutkan
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) melanjutkan lagi masa dan tarikh tutup penerimaan tawaran daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pengambilalihan FGV Holdings Bhd.
Kerajaan kesal AS sekali lagi sekat kemasukan minyak sawit Malaysia
Kerajaan kesal dengan tindakan Amerika Syarikat yang sekali lagi menyekat kemasukan minyak sawit Malaysia ke negara itu.
'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.
FGV jangka catat prestasi baik pada suku kedua berikutan peningkatan FFB
Bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020 kerugian bersih FGV meningkat kepada RM142.34 juta berbanding kerugian bersih RM3.37 juta pada suku yang sama tahun lepas.
FGV wujudkan pelan tindakan pertingkat amalan buruh
Pelan Tindakan FGV 2020 menekankan komitmen syarikat terhadap usaha pengambilan pekerja migran secara bertanggungjawab dan memperkukuh mekanisme berkaitan.
Kerugian FGV punca resolusi bayaran yuran pengarah ditolak
Keputusan menolak tiga resolusi berhubung pembayaran yuran serta manfaat pengarah FGV Holdings Bhd (FGV) dibuat berikutan prestasi syarikat itu yang mengalami kerugian RM1.08 juta pada tahun lepas.