LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aerorangkasa Global IBR 2023.
Anugerah itu diberikan untuk menghargai individu yang berdedikasi dalam mempromosikan industri aeroangkasa dan maritim serta telah membantu sektor ini ke tahap lebih tinggi sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Ia dianugerahkan buat julung kalinya sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23)
Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas majlis di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini malam ini berkata anugerah itu merupakan satu galakan kepada semua pemain industri aeroangkasa dan maritim untuk melakukan yang lebih baik dalam mempromosikan industri tersebut.
Ditanya mengenai LIMA '23 yang bermula Selasa lepas dan bakal berakhir esok, beliau berkata penganjuran kali ini adalah baik dan lebih ramai pihak menyertai pameran pada edisi ke-16 acara itu.
LIMA yang diadakan sejak 1991 merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri itu.
"Saya percaya LIMA akan kekal dan harap Kerajaan Malaysia meneruskan penganjuran acara dwitahunan ini," katanya.
Dr Mahathir juga berkata industri aeroangkasa serta maritim berkembang dengan baik dan penganjuran LIMA dapat memberi peluang kepada pempamer untuk mempromosikan produk mereka.
Beliau melihat penganjuran LIMA turut membantu sektor pelancongan dengan kemasukan delegasi asing ke negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aerorangkasa Global IBR 2023. - Foto Twitter @bernamadotcom
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Cuaca panas melampau, penduduk Lima serbu pantai dinginkan badan
Cuaca panas melampau di Peru mendorong penduduk Lima ke pantai untuk menyejukkan badan manakala di penduduk di pantai utara, penduduk bergelut dengan situasi banjir pada Selasa.
20 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru
Difahamkan 18 penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, dengan dua lagi mati ketika dipindahkan.
COVID-19: Peru buka semula pengangkutan udara, darat, air selepas empat bulan
Lapangan Terbang Jorge Chavez dilihat sesak dengan penumpang yang beratur panjang, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Bubur 'keampunan' bagi menghapus dosa
Menurut paderi tempatan, Roque Chaves, bubur berkenaan disediakan menggunakan bahan yang didermakan.
Ratusan penyokong Fujimori berarak ucap terima kasih
Beratus-ratus orang berkumpul di jalan-jalan di Lima pada hari Jumaat untuk menunjukkan sokongan mereka kepada bekas presiden Peru, Alberto Fujimori.
Pesawat terbakar semasa mendarat di Peru, kesemua penumpang selamat
Kira-kira 140 penumpang berjaya diselamatkan oleh 20 pegawai bomba, menurut akhbar harian El Comercio.
Penganjuran Lima 2013 dijangka terbaik
Pameran Antarabangsa Maritim dan Aero-Angkasa Langkawi (Lima) 2013 dijangka yang terbaik berbanding penganjurannya sebelum ini.
Fazley lancar album dan buku masakan April ini
Fazley bakal melancarkan album terbarunya bertajuk "Lima" pada April ini termasuk penghasilan buku masakan.
Lima belum sedia hadapi gempa bumi (Video)
Bandar Lima di Peru dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak bersedia sekiranya gempa bumi berlaku sekali lagi.