Seramai 118 pengunjung kelab malam adalah antara 221 individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu.

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media hari ini (Rabu, 9 September 2020):

1) Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 61,462 pemeriksaan (8 September 2020) bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

2) PDRM menahan 221 individu atas pelbagai kesalahan, lapan dikompaun.

3) Operasi Benteng menahan 24 individu yang melibatkan 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan lima tekong.

4) Dari 24 Julai hingga 8 September lalu, 25,688 individu memasuki Malaysia. Daripada jumlah itu 10,390 individu diarahkan menjalani kuarantin wajib.

5) Sebanyak 14 premis tidak mematuhi SOP diberi nasihat, dua premis gagal patuh SOP diberi amaran.