Jumlah mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14).

Berikut lima tumpuan utama dalam sidang media Ismail Sabri pada Selasa:
  1. Seramai 673 individu dikompaun pada Isnin kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ia merupakan jumlah terbesar individu dikenakan kompaun dalam masa sehari sejak dikuatkuasakan.
  2. Seramai 778 individu ditahan kerana melanggar arahan PKPP dan 600 daripadanya ditahan kerana melakukan aktiviti di pub serta kelab malam.

3. Sekatan kemasukan dikenakan kepada pemegang Pas Jangka Masa Panjang dari India, Indonesia dan Filipina bermula 7 September ini.

4. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran di Amanjaya akan berkuatkuasa sehingga 10 September ini

5. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen premis kelab malam sekiranya ada yang didapati beroperasi sepanjang musim PKPP sehingga Disember ini.