Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sandakan pada tahun lepas adalah seramai 882,811 orang, meningkat 29,400 orang berbanding 853,411 pada tahun sebelumnya.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin peningkatan ini akan berterusan lebih-lebih lagi setelah projek pemanjangan landasan lapangan itu disiapkan.
Pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan membolehkan pendaratan kapal tanpa had muatan untuk operasi pesawat Airbus 320 dan Boeing 737, katanya pada majlis perasmian naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
Justeru, katanya, apabila siap kelak, kerajaan mengharapkan kesan segera kepada sektor eko pelancongan Sabah dapat direalisasikan khususnya di daerah ini.
Beliau berkata usaha itu akan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbangan komersial serta penerbangan sewa khas terutama dari China untuk terbang secara terus ke Sandakan.
Sementara itu, Liow berkata kerajaan persekutuan memperuntukkan RM41 juta untuk pembangunan dalam sektor udara di Sabah pada tahun ini.
Menurutnya jumlah tersebut daripada peruntukan RM79.2 juta disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk sektor pengangkutan di negeri ini pada tahun ini menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).
"Kerajaan persekutuan amat komited dan serius dalam menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik bagi memastikan kualiti hidup rakyat di Sabah dapat dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak RM13.1 juta telah pun dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur berkaitan pengangkutan di Sabah yang meliputi pelbagai sektor.
Katanya bagi sektor udara sahaja, sebanyak RM1.4 juta telah dibelanjakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2017
Katanya bagi sektor udara sahaja, sebanyak RM1.4 juta telah dibelanjakan.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.