BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memperluaskan platform jualan untuk mengedarkan ikan segar dan sejuk beku secara dalam talian di seluruh negara tahun hadapan.
Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya telah meminta Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang mempunyai kemampuan, untuk melaksanakan pengedaran ikan segar itu dalam usaha menangani monopoli orang tengah.
Beliau berkata jualan dalam talian itu dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan, dengan menjual terus kepada pengguna, lebih-lebih lagi pada ketika permintaan terhadap ikan segar dan sejuk beku meningkat terutamanya daripada pengguna di kawasan bandar.
"Nelayan boleh terus hantar ikan segar kepada pengguna dalam tempoh dua hingga tiga hari, kerana pengguna di bandar mahukan ikan yang segar.
"Kita mempunyai 87 PNK yang boleh melaksanakan jualan ikan segar itu," katanya pada sidang media selepas Program Penyerahan Bantuan Input Tanaman Kontan sebanyak RM71,000, kepada peserta program tanaman kontan di Kampung Permatang Raja dekat sini hari ini.
Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata setakat ini Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), sudah melaksanakan pengedaran ikan segar sejuk beku secara dalam talian dan ia mendapat sambutan menggalakkan.
Beliau berkata ia merupakan kaedah perniagaan baharu yang perlu diceburi para nelayan pada zaman teknologi maklumat.
Sementara itu, Syed Abu Hussin berkata LKIM memperuntukkan RM4.6 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membantu 2,500 nelayan, bagi memajukan tanaman kontan di seluruh negara hingga 2025.
Menurut beliau nelayan boleh melaksanakan projek tersebut secara profesional, kerana LKIM akan memberikan bantuan modal awal bagi melaksanakannya.
"Sebelum ini LKIM memberikan modal sebanyak RM1,000 untuk orang perseorangan dan jumlah itu dinaikan kepada RM2,000 untuk dilaksanakan secara berkelompok sejak 2020," katanya menambah banyak tanah terbiar boleh dimajukan secara sewa dan tanaman boleh dibuat secara fertigasi kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas.
Menurut Syed Abu Hussin program itu bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah nelayan sehingga mencapai RM10,000 sebulan.
"Cara ini dapat membantu keluarga nelayan meningkatkan taraf hidup mereka di samping mengurangkan kos sara hidup dengan memajukan tanaman kontan secara sampingan selain menjadi nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Jualan dalam talian itu dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan, dengan menjual terus kepada pengguna, lebih-lebih lagi pada ketika permintaan terhadap ikan segar dan sejuk beku meningkat. - Gambar hiasan
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Tiada kaitan jumlah tangkapan udang dengan penambakan Pulau Silikon - LKIM
Muhammad Faiz berkata, tiada dapatan saintifik membuktikan kerja penambakan Pulau Silikon telah menjejaskan hasil tangkapan laut.
LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.
UMTJ, LKIM jalin kerjasama majukan sektor perikanan
Menerusi kerjasama itu pembangunan sektor perikanan menerusi teknologi dron, sensor IoT dan aplikasi Super Apps akan diperkenalkan.
LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.
LKIM bangunkan semula kolam terbiar perkasa projek pembangunan akuakultur
Usaha itu bagi meningkatkan keupayaan akuakultur dalam membekalkan sumber protein negara sekali gus menyokong program sekuriti makanan.
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.