KUALA LUMPUR: Air Selangor memaklumkan loji rawatan air LRA Semenyih 2 yang dihentikan operasi selepas banjir yang melanda dijangka pulih semula sepenuhnya bagi proses bekalan air menjelang jam 10 malam ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beberapa lagi loji rawatannya yang terpaksa dihentikan  operasi sebelum ini masih dalam fasa pemulihan.

Status bagi loji rawatan LRA Sungai Langat kini sudah beroperasi namun proses pemulihan dan bekalan semula air akan diumumkan kelak.

Manakala loji rawatan membabitkan LRA Langat 2 pula proses pengepaman air mentah sedang giat dilakukan.

Loji rawatan LRA Cheras batu 11 pula, proses pembersihan loji itu akibat banjir ketika ini sedang giat dijalankan.

Proses pemulihan dan bekalan semula bagi kedua-dua loji itu akan diumumkan oleh pihak Air Selangor nanti.