Lokasi pencarian sepasang warga Indonesia yang dipercayai tertimbus runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam di sini merupakan kawasan berisiko tinggi.
Pegawai Operasi Bahagian Operasi dan Menyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Alimuddin Bukri berkata misi mencari sukar serta berbahaya kerana kawasan operasi itu mempunyai kecerunan antara 70 hingga 80 darjah.
"Sekiranya berlaku pergerakan tanah dan terjadi apa-apa kepada pokok-pokok pisang berkenaan, maka nyawa anggota berada di dalam bahaya memandangkan kecerunan lokasi sangat tinggi.
"Selain itu, kawasan tersebut tidak menerima liputan komunikasi, menyukarkan pasukan bomba untuk membuat sebarang bentuk perhubungan sekiranya berlaku sesuatu," katanya ketika ditemui di sini Khamis.
Beliau berkata jarak perjalanan antara jalan raya ke lokasi kejadian mengambil masa selama satu jam setengah.
Jambatan yang menghubungkan jalan ke kebun berkenaan telah roboh disebabkan arus deras air menyebabkan satu-satunya cara sampai ke lokasi ialah dengan mendaki bukit, kata Alimuddin.
"Masa yang lama diambil untuk sampai ke lokasi kerana kami membawa kelengkapan menyelamat. Sekiranya tanpa kelengkapan, hanya 45 minit diperlukan untuk tiba," jelas beliau.
Menurutnya, pergerakan tanah juga menjadi antara punca misi menyelamat bertambah sukar.
Katanya situasi itu menyebabkan kedudukan lokasi tidak stabil dan boleh mengundang bahaya kepada anggota misi.
"Oleh sebab itu, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba akan membantu misi pencarian esok. Unit berkenaan ditugaskan mengenal pasti lokasi tumpuan pencarian," ujar beliau.
Bernama
Thu Nov 06 2014
Bomba berkata misi mencari sukar serta berbahaya kerana kawasan operasi itu mempunyai kecerunan antara 70 hingga 80 darjah - Foto Bernama
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap'
Biarpun sudah berlaku beberapa tahun, namun kesan dan traumanya masih dirasai penduduk setempat terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian yang menyayat hati itu.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.
Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei 2022.
Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh
Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.
Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.
8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.