KUALA LUMPUR: Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Amanah Negara (Amanah) melompat parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tindakan yang boleh menjejaskan hubungan parti di dalam Pakatan Harapan (PH).
Tegas Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa PKR terutama Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meneliti permohonan ketiga Adun itu demi menjaga hubungan baik di antara parti di dalam Pakatan Harapan.
"Pertama, menjaga hubungan baik rakan-rakan dalam PH, dan kita tahu Amanah salah sebuah parti teras membentuk PH sejak dari awal. Pertimbangan itu sangat utama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang mempunyai pandangan luas meneliti perkara tersebut.
"Kedua, pertimbangan kewajaran lompat parti pada saat hari ini, PH memerlukan satu keutuhan dan persaudaraan yang kukuh perlu juga diambil kira dan kalau dirujuk pertimbangan tersebut, maka kembali kepada asalnya iaitu mereka kekal dengan PH dan duduk di dalam Amanah," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Di sebalik tindakan tiga Adun itu, kepimpinan Amanah juga jelas Mujahid perlu bermuhasabah diri dalam memastikan tiada isu sama berulang.
"Ketiga, di sebalik kita melihat mereka (tiga Adun) pindah dan lompat parti, kita perlu secara pimpinan bermuhasabah diri dengan kata lain perlu bertanya kenapa mereka nak lompat?
"Dimana alasan utama, adakah alasan itu wajar? Atau hanya sekadar alasan untuk menterjemahkan satu hasrat yang ingin disampaikan?
"Mesejnya kalau begitu, bukankah lebih baik ketiga-tiga Adun ini bertemu dengan pimpinan dan nyatakan apa masalah mereka, kerana tindakan mereka itu boleh menjejaskan hubungan baik antara parti dalam PH," katanya lagi.
Terdahulu, tiga Adun Amanah dari Johor bertindak menyertai PKR pada Sabtu. Mereka masing-masing ialah Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim; Adun Serom, Faizul Amri Adnan serta ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.
Fareez Azman
Sun Feb 28 2021
Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Amanah antara parti teras di dalam Pakatan Harapan dan PKR seharusnya meneliti permohonan tiga ADUN Amanah itu. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat - Mohd Khairuddin
Majlis tersebut juga dilihat telah bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.
Takiyuddin tidak letak jawatan, kekal sebagai menteri - Khairuddin
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang menegaskan Takiyuddin akan kekal dengan portfolionya sekarang.
Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.
Kempen anti minyak sawit: Penubuhan panel tindakan undang-undang ke atas EU diluluskan - Khairuddin
Permohonan Malaysia untuk menubuhkan panel bagi meneliti langkah yang diambil EU dalam pelaksanaan EU RED II telah diluluskan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Jumaat lepas.
Malaysia sentiasa utamakan amalan buruh baik di sektor agrikomoditi - Mohd Khairuddin
Malaysia sentiasa mengutamakan serta mendukung amalan buruh yang baik termasuk di semua sektor agrikomoditi demi kebajikan semua pihak.
Lucut Hak: Tiada penjelasan asas kemasukan dana dalam akaun Najib - Pendakwaan
Perbicaraan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan akan disambung pada 1 dan 23 April, serta 18 Jun.
Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah semalam
Harga minyak sawit mentah melonjak kepada paras tertinggi dalam sejarah industri sawit negara kepada RM4,247.50 setiap tan pada Isnin.
Malaysia tingkat eksport minyak sawit ke Arab Saudi - Mohd Khairuddin
Malaysia akan meningkatkan eksport minyak sawit ke Arab Saudi kepada 500,000 tan yang dianggarkan bernilai RM1 billion.
Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.
Lompat ke PKR tak seserius lompat ke PN - Khalid
Katanya, menyertai PN jauh lebih serius kerana ia boleh dianggap sebagai mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada PRU14 yang lalu.