KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) digesa mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Harapan (PH) selepas tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR.
Gesaan tersebut dibuat pemimpin Amanah Bukit Bintang, yang juga mahukan parti itu mengkaji kerjasama dengan PKR susulan menerima ahli mereka yang melompat keluar parti.
Kenyataan bersama itu melibatkan Ketua Amanah Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib; timbalannya Ahmad Thaari Abdul Rahim; Ketua Pemuda, Sheikh Khuzaifah; Ketua Wanita, Sharifah Juanie; Ketua Warda Fatihah Salahuddin serta Ketua Arif Bukit Bintang, Ismail Othman.
"Senario tersebut mengeruhkan lagi hubungan serta mencalarkan semangat setiakawan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan.
"'Kami juga menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyesali tindakan parti rakan PH yang menerima Adun Amanah yang melompat.
"Tindakan ini melambangkan tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk," demikian menurut kenyataan tersebut pada Ahad.
BACA: Tidak manis lompat parti sama gabungan - Salahuddin Ayub
BACA: PKR diingatkan jangan hipokrit, beli dan jual wakil rakyat budaya hina - Pemuda Amanah
BACA: Adun Amanah di Johor sertai PKR
Jelas mereka, strategi politik parti dalam PH sepatutnya berteraskan pembelaan nasib rakyat yang terkesan atas caca marba pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih tiada keabsahan, dan bukannya menzalimi sesama parti rakan dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika Parlimen dibubarkan.
Justeru, mereka menyarankan agar Akta Antilompat Parti dikaji dan diperhalusi bagi mengekang amalan lompat parti daripada terus menjadi barah dalam proses demokrasi di Malaysia.
Terdahulu, tiga Adun Amanah masing-masing Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim; Adun Serom, Faizul Amri Adnan serta Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit bertindak keluar dari Amanah..
Selain itu, dua Adun dari Selangor turut didakwa berbuat demikian.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 28 2021
Mereka menyarankan agar Akta Antilompat Parti dikaji dan diperhalusi bagi mengekang amalan lompat parti daripada terus menjadi barah dalam proses demokrasi di Malaysia.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.