JOHOR BAHRU: Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata Abdul Hamim Ab Hamid, 32, akan dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan, selepas tamat menjalani reman.
"Ya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Tangkak pada 19 Jan. Pertuduhan ini kerana melarikan diri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah Long Tiger akan dituduh selepas menjalani reman bermula 5 Jan lepas dan berakhir pada 18 Jan ini, di Penjara Sungai Udang, Melaka.
Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim meloloskan diri menerusi pintu utama mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada pukul 11.55 pagi, namun dia berjaya ditahan semula di Kedah pada 28 Dis.
Semasa kejadian itu, Abdul Hamim menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.
Sementara itu, ketika diminta pandangan mengenai ramai pihak yang tampil membantu kes remaja curi tabung masjid di Kuang, Rawang pada 8 Jan lepas, beliau berkata pihak polis menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula hukuman terhadap remaja berusia 19 tahun itu.
"Buat masa ini tidak ada apa-apa komen, apa pun siasatan kita telah selesai dan remaja ini telah dituduh sebab mencuri wang tabung masjid. Kita tinggalkan kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan," katanya.
BACA: Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Mahkamah Tinggi Shah Alam dijangka menjalankan pendengaran semakan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Selayang terhadap remaja itu, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022
Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim meloloskan diri menerusi pintu utama mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada pukul 11.55 pagi, namun dia berjaya ditahan semula di Kedah pada 28 Dis. - Gambar fail/Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes 'Long Tiger'
Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes berkaitan 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.
Mahkamah Tinggi batal keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.
Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.
Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.
Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
'Long Tiger' akan dituduh 19 Jan ini
Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.
Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.
Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.
Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.
'Long Tiger' lolos, Ketua Polis Daerah Tangkak, dua pegawai dikenakan tindakan tatatertib
Kertas siasatan yang dibuka PDRM itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.