Lori bawa gas LPG terbabas di lebuhraya PLUS, MPV terbakar

Astro Awani
November 12, 2014 05:23 MYT
Lori gas LPG terbabas di KM 257 lebuh raya Plus arah Utara 9.22 pagi tadi
Sebuah lori yang membawa muatan gas LPG terbabas di km 257 Lebuhraya Utara- Selatan, PLUS arah utara dari Ipoh ke Kuala Kangsar pada jam 9.22 pagi tadi.
Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat, sebuah MPV terbakar dan sebuah kereta kemek teruk kerana berlanggar dengan tong-tong gas LPG dari lori yang bertaburan di jalan raya.
Walau bagaimanapun, tiga mangsa iaitu pemandu lori berkenaan, pemandu kereta dan pemandu MPV hanya mengalami cedera ringan.
Pihak PLUS memberitahu, keadaan jalan raya kini terkawal hanya trafik ke laluan kontra bergerak perlahan.
Proses pengalihan lori berkenaan masih dijalankan.

1316hrs Kerja penundaan kemalangan Km 256.9 arah utara dari Ipoh ke K. Kangsar.Semua lorong ditutup.Laluan kontra diaktifkan.Trafik perlahan

— plusline1800880000 (@plustrafik) November 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

LORI GAS LPG TBABAS DI KM257 L/raya PLUS Arh Utara 9.22 pg td. 1 MPV TBAKAR TLANGGAR GAS YG BTABURAN. 2 cedera #BOMBA pic.twitter.com/QPF0BesISR

— BOMBA (@bombaJBPM) November 12, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gas lpg #kemalangan #lori terbabas