JOHOR BAHRU: Lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor menghala ke Singapura dua hari lepas, disyaki membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya juga telah membuat serbuan ke pejabat syarikat lori terbabit bagi melihat rekod-rekod penyelenggaraan.
"Siasatan kita meliputi pelbagai aspek dan kita telah buat serbuan ke pejabat (syarikat lori) untuk melihat rekod-rekod dari segi penyelenggaraan lori itu dan sebagainya.
Begitu juga dari segi kekuatan atau keupayaan lori tersebut, dan kita dapati memang berat (muatan lori itu) adalah lebih," katanya ketika ditemui dalam Op Lancar di Jalan Tebrau, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes kemalangan melibatkan lori membawa muatan habuk batu itu.
Kamarul Zaman berkata pemandu lori berusia 34 tahun yang mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik itu, telah direman selama tiga hari bermula semalam.
Beliau berkata reman individu itu dijangka akan disambung semula sekiranya kertas siasatan masih belum lengkap.
Lelaki itu ditahan pada 1.15 petang pada hari sama kejadian dan hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan yang berlaku pada 9.25 pagi itu berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu berkenaan.
Sebanyak enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kenderaan tempatan manakala enam lagi kenderaan asing.
Sementara itu beliau berkata Op Lancar sempena Aidiladha yang bermula semalam sehingga 11 Julai, melibatkan penugasan lebih 1,000 pegawai dan anggota polis di negeri ini.
Beliau berkata operasi itu memfokuskan kelancaran lalu lintas terutama di 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Imej dari video tular sewaktu insiden rempuhan lori berkenaan di Tambak Johor, pada Khamis lepas. - Sumber: Media sosial
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Lori rempuh 11 kenderaan di Tambak Johor disyaki bawa muatan berlebihan
Polis Johor juga telah membuat serbuan ke pejabat syarikat lori terbabit bagi melihat rekod-rekod penyelenggaraan.
Lori rempuh JB-Woodland: JPJ segera siasat, tindakan tegas akan diambil
JPJ akan menjalankan siasatan di bawah Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010.
Lori rempuh tujuh kenderaan di lampu isyarat, 3 sekeluarga maut
Kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu membabitkan tiga lori dan lima kereta semuanya dari arah Simpang Renggam menghala ke Ayer Hitam.